21 Didakwa Sertai Pertubuhan Haram Hindraf

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 21 orang, termasuk lima wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis terhadap pertuduhan bersama-sama menyertai satu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, iaitu Hindraf.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Little India, Brickfields, pada 13 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1996 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan di hadapan Majistret Zulkipli Abdullah dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Mark M. Raman. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan