Tiada Bukti Bunuh: Pakar Forensik

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pakar Forensik Patalogi, Dr Khairul Azman Ibrahim mengakui bahawa beliau telah cuba untuk mencari petunjuk sekiranya berlaku unsur-unsur jenayah dalam kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock pada dua tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau menambah, meskipun telah melawat tempat kejadian sebanyak dua kali, tiada kukuh yang dapat mengesahkan bahawa kematian tersebut adalah akibat dibunuh.

Khairul Azman, 53, yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini juga berkata, tiada bukti ditemui yang dapat mencadangkan bahawa Teoh dicekik mahupun lehernya 'dikunci' dengan menggunakan siku.

"Untuk mengatakan berlaku tekanan pada bahagian leher, saya mesti mempunyai bukti yang jelas.

"Dalam kes ini, bukti kurang jelas kerana hampir tiada kesan kecederaan di bahagian luar leher, melainkan kesan calar yang saya percaya disebabkan oleh sebatang pen yang terdapat pada poket baju Teoh.

"Untuk mengatakan berlaku necklock, saya mesti melihat bahawa ada kewujudan bintik-bintik merah pada bahagian mata yang dapat menunjukkan kejadian lemas," katanya.

Dr Khairul Azman berkata demikian pada Rabu, semasa memberi keterangansebagai saksi ke-17 dalam prosiding Suruhanjaya Siasatan yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian Teoh yang bersidang di sini.

Pada keterangan lain, saksi juga tidak bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh peguam dari Majlis Peguam,Christopher Leong bahawa bukti kesan cekik tidak ditemui kerana kulit di bahagian terlibat tidak diangkat bagi melihat kecederaan dalaman yang berlaku di bahagian bawah kulit.

"Adakah awak mahu saya untuk memotong dan mengangkat seluruh kulit? Kami juga mahu memelihara jasad mendiang.

"Ia tidak bermaksud kami tidak mahu mencari kesan kecederaan, tetapi kami perlu melihat keadaan luaran seperti kesan lebam untuk berasa syak bagi melakukan prosesitu," katanya.

Pada prosiding sama, Dr Khairul Azman juga menyangkal pendapat yang diberikan oleh pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojasunan yang mengatakan bahawa kesan di leher Teoh boleh disebabkan oleh tekanan objek tumpul.

Ini kerana, menurut saksi kesan tersebut tidak dilihat semasa beliau membuat bedah siasat kali pertama ke atas mayat Teoh, iaitu pada 17 Julai 2009, berbanding kesimpulan Dr Pornthio yang dibuat berdasarkan bedah siasat kali kedua pada 22 November 2009.

"Bedah siasat kali kedua dibuat lama selepas kejadian berlaku. Mungkin ia berlaku kerana kami mengangkat kulit di bahagian leher pada bedah siasat kali pertama dan ia meninggalkan kesan.

"Saya tidak bersetuju dengan Dr Pornthip kerana sangat bahaya untuk memberikan pendapat itu berdasarkan bedah siasat kali kedua," katanya.

Menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saksi memberitahu bahawa beliau percaya Teoh masih hidup semasa jatuh.

Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan keadaan kadua-dua belah kaki Teoh yang retak merupakan perilaku spontan apabilan seseorang yang terjatuh dari tempat tinggi cuba untuk menyelamatkan diri.

"Jika seseorang dicampakkan dalam keadaan sedar akan wujud kesan pergelutan kerana cuba menghalang perbuatan tersebut. Jika tidak sedarkan diri, kemungkinan mendiang untuk tidak mendarat pada kaki adalah lebih tinggi,' katanya.

Teoh, 30, ditemui mati di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini, pada 16 Julai 2009, iaitu beberapa jam selepas dia dipanggil ke pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 plaza sama.

Pembantu politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah hadir di pejabat badan berkecuali tersebut untuk dirakamkan percakapan sebagai saksi berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Pada 5 Januari lalu, Koroner Azmil Muntapha Abas yang mendengar prosiding inkues siasatan kematian Teoh memberikan keputusan terbuka dalam penghakimannya kerana tidak dapat memutuskan sama ada Teoh mati kerana membunuh diri atau dibunuh.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan