Kes Hak Penjagaan Bi-Anne: Pendengaran Rayuan Dijadual Semula Esok

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini menjadualkan semula kepada esok bagi mendengar rayuan yang dibuat oleh seorang perunding hartanah berhubung hak penjagaan Low Bi-Anne anak perempuannya yang berumur 11 tahun.

Hakim Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar Ma'ah menangguhkan pendengaran itu, yang dijadualkan hari ini, selepas Hakim Sulaiman Daud mengundurkan diri daripada mendengar rayuan itu.

Sulaiman berkata beliau merupakan seorang daripada hakim dalam satu lagi panel tiga orang Mahkamah Rayuan yang telah mendengar perkara berkaitan dan beliau tidak selesa untuk mendengar rayuan-rayuan ini.

Ada enam rayuan dikemukakan oleh Swee Siong, 40, perunding hartanah berhubung satu keputusan Mahkamah Keluarga.

Antara keputusan Mahkamah Keluarga ialah membenarkan ibu Bi-Anne, Tan Siew Siew, 37, pengurus restoran di London, membawa budak perempuan itu (Bi-Anne) ke Britain; memerintahkan penyerahan pasport budak perempuan itu; menolak hak akses sementara Swee Siong ke atas budak perempuan itu; dan mendapati dan mensabitkan Swee Siong bagi kesalahan menghina mahkamah dan enggan memberikan perintah penangguhan.

Swee Siong dan Tan berkahwin pada 1999.

Pasangan itu bercerai pada 2006, dan hak penjagaan ke atas Bi-Anne diserahkan kepada bapanya. Dua tahun kemudian (pada 2008) Tan, 37, memohon dan memenangi hak penjagaan dan Swee Siong diberikan hak lawatan yang munasabah.

Bagaimanapun, Bi-Anne enggan tinggal bersama ibunya dan berkeras untuk tinggal dengan bapanya.

Pada 28 Jan tahun ini, ibu bapa Bi-Anne gagal menyelesaikan secara baik melalui perantara berhubung hak penjagaan budak perempuan itu.

Pada 13 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendenda Swee Siong RM20,000 dan RM400 bagi setiap hari lewat dalam penyerahan budak perempuan itu kepada Tan, kerana kesalahan tidak mematuhi perintah mahkamah supaya beliau menyerahkan Bi-Anne kepada bekas isterinya itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan