Anwar Masuk Kandang Saksi Dalam Perbicaraan Esok

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan masuk ke kandang saksi esok dalam perbicaraan dalam perbicaraan selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan peguam Karpal Singh berhubung penerimaan empat barang bukti yang diambil dari sel lokap, tempat tertuduh ditahan selama satu malam pada 16 Julai, 2008.

Peguam belanya S.N Nair mengesahkan demikian kepada pemberita kemudian bahawa Anwar akan masuk ke kandang saksi pada 2.30 petang esok dan pihak pembelaan juga sedang mengkaji kemungkinan memanggil dua hingga tiga saksi untuk menunjukkan pendapat mereka bahawa penangkapan Anwar adalah tidak sah dan kenapa mahkamah perlu mengecualikan barang bukti yang diperolehi secara tidak sah.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada pihak pendakwa dan pembela, bahawa pada umumnya mahkamah tidak mengambil bagaimana barang bukti itu diperoleh.

"Memandangkan pihak pembelaan menuntut mahkamah menggunakan kuasa kebijaksanaannya bagi membenarkan permohonan mereka bagi perbicaraan dalam perbicaraan, dan memandangkan dakwaan mengenai cara yang tidak sopan dan ketidakadilan dalam mendapatkannya dibangkitkan, dengan ini saya membenarkan permohonan ini," kata Hakim Mohamad Zabidin.

Sebelum itu, Karpal Singh mahukan perbicaraan pada peringkat itu daripada pada penghujung semua keterangan dikemukakan dalam mahkamah berhubung penangkapan ke atas Anwar seperti dicadangkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden.

Karpal berhujah bahawa tertuduh perlu dilindungi secara munasabah oleh mahkamah dan mahkamah perlu menolak apa sahaja keterangan yang diperolehi polis polis melalui cara yang melanggar undang-undang.

"Mahkamah perlu menolak keterangan yang diperolehi melalui cara yang melanggar undang-undang, di mana kami akan menunjukkan kepada mahkamah ini bahawa barang bukti yang diperolehi dari sel diperoleh secara paksa," kata Karpal.

Beliau menjelaskan beberapa kes undang-undang mengenai perbicaraan yang adil di mana tanggungjawab pendakwaan bahawa semua keterangan atau barang bukti diperoleh secara sewajarnya oleh polis melalui prosedur yang sesuai.

"Hak asas dan kebebasan seseorang individu tidak boleh dinafikan dan mahkamah perlu menolak keterangan-keterangan yang diperoleh secara haram," kata Karpal.

Semalam, bekas Ketua Makmal Forensik PDRM Cheras Supt Hamidon Adnan memberi keterangan bahawa beliau memperoleh empat barang bukti iaitu rambut, botol, tuala dan berus gigi, dari sel yang dihuni oleh Anwar di tingkat 7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Sementara itu, Mohamed Yusof berhujah bahawa isu mengenai perbicaraan dalam perbicaraan tidak dibangkitkan pada peringkat ini dan pihak pembelaan perlu menunggu sehingga semua keterangan dikemukakan di mahkamah sebelum membuat permohonan sedemikian.

Beliau berkata hanya pagi ini pendakwaan dimaklumkan oleh pihak pembelaan bahawa menandakan barang bukti itu bukan isunya tetapi titik pertikaiannya adalah mengenai penahanan Anwar yang tidak mengikut undang-undang.

Mohamed Yusof berkata pada peringkat ini isu sama ada keterangan yang dikemukakan terutama mengenai empat barang bukti yang diperolehi secara sukarela atau tidak, tidak berbangkit sama sekali.

"Di sini, mungkin mereka (pembelaan) perlu menunggu sehingga pegawai penyiasat (IO) masuk ke kandang saksi berhubung penangkapan (Anwar) bagi mengelakkan proses lebih panjang pada peringkat ini dalam perbicaraan dalam perbicaraan," hujah Mohamed Yusof. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan