Keputusan Permohonan Malaysiakini Ketepikan Saman Taib Mahmud Diketahui 17 Mac

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi akan memberi keputusan pada 17 Mac ini berhubung permohonan penerbit portal berita Malaysiakini untuk mengetepikan saman fitnah yang dikemukakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud terhadapnya.

Hakim Datuk John Louis O'Hara menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah peguam K. Shanmuga, yang mewakili Mkini Dotcom Sdn Bhd dan seorang lagi defendan, dan peguam Yee Mei Ken, yang mewakili Abdul Taib.

Dalam hujahnya, Shanmuga berkata ia (saman) merupakan perbuatan menyalahgunakan proses mahkamah dan plaintif (Abdul Taib) tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan terhadap defendan.

Katanya, ini kerana Parlimen tidak pernah menggubal undang-undang yang menyekat kebebasan asasi defendan untuk menyatakan pendapat dengan cara mencipta tort fitnah, yang membolehkan seseorang pegawai kerajaan, seperti plaintif, untuk menyaman seseorang wartawan dan pertubuhan berita kerana memfitnah.

Dalam hujah balasnya, Yee berkata mengikut undang-undang, hak seseorang untuk mengemukakan saman fitnah terhadap seseorang yang membuat fitnah termaktub dengan jelas dalam Common Law dan diiktiraf sepenuhnya di Malaysia.

Pada 2007, Abdul Taib memfailkan saman berkenaan setelah portal berita secara dalam talian itu menyiarkan 12 artikel dari 6 April hingga 3 Mei 2007, yang beliau dakwa mengandungi perkataan yang memfitnah beliau.

Dalam pernyataan tuntutannya, Abdul Taib menamakan Mkini Dotcom dan ketua pengarang Malaysiakini Gan Diong Keng, yang juga dikenali sebagai Steven Gan, sebagai defendan.

Beliau berkata, perkataan berbaur fitnah yang terkandung dalam artikel berkenaan, daripada segi makna lazim dan biasanya, difahami, antara lain, bahawa beliau telah mengumpul wang secara tidak sah berjumlah RM32 juta melalui kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang berkaitan perniagaan balak di Sarawak dan telah melakukan tindakan jenayah, yang boleh didakwa kerana melakukan jenayah.

Abdul Taib berkata, beliau telah meminta peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada defendan, tetapi mereka gagal berbuat demikian dan enggan memenuhi syarat surat berkenaan.

Beliau menuntut ganti rugi umum dan teruk, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam pernyataan pembelaaan diri mereka, defendan berkata perkataan yang terkandung dalam artikel berkenaan disiarkan berdasarkan perlindungan bersyarat.

Defendan berkata, plaintif telah memperaku penerbitan artikel berkenaan dengan menyebut semula perkataan dan perkara yang menjadi sungutan itu dengan membuat kenyataan secara peribadi kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 14 Mei 2007.

Mereka mendakwa pernyataan peribadi beliau itu kemudiannya disiarkan secara penuh oleh akhbar yang mempunyai liputan meluas di Sarawak, The Borneo Post, pada 15 Mei 2007. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan