Pekera Kilang Terima Hukuman Mati Pada Ulang Tahun Kelahiran

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang menerima hadiah ulang tahun kelahiran paling syahdu, apabila dia dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, selepas disabitkan bersalah mengedar dadah, dua tahun lalu.

Lebih memilukan, Mohd Kamarulzaman Irwan Shah yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-25 pada Selasa, pada awalnya ditawarkan pertuduhan pilihan bagi kesalahan memiliki yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

Malah, Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki dalam penghakimannya juga berkata bahawa tertuduh telah mengambil risiko dengan menolak pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan.

“Saya sedih kerana kamu telah ditawarkan dengan pertuduhan pilihan pada peringkat awal, tetapi kamu menolak.

“Saya rasa ini perjudian yang sangat berisiko kerana jelas elemen pemilikan eksklusif telah dibuktikan bahawa kamu ada kawalan terhadap dadah.

“Oleh itu, kamu didapati bersalah dan di bawah peruntukkan undang-undang, hanya ada satu hukuman sahaja, iaitu gantung sampai mati,” kata Mohtarudin.

Pada penghakimannya, Mohtarudin juga menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa tombol pintu bilik di mana dadah dijumpai telah rosak kerana menurutnya, perkara tersebut adalah difikirkan semula selepas kejadian.

Menurut Mohtarudin, dakwaan tersebut tidak pernah ditimbulkan pada peringkat awal, iaitu semasa saksi-saksi seperti pegawai serbuan dan tangkapan memberi keterangan, sebaliknya hanya dinyatakan pada peringkat pembelaan.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan 11 saksi pendakwaan manakala tertuduh tidak mengemukakan saksi lain bagi menyokong pembelaannya.

Mohd Kamarulzaman Irwan kelihatan bersahaja menerima hukuman itu, berbeza dengan ibunya yang menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan oleh seorang ahli keluarga.

Tertuduh didakwa mengedar 295.01 gram ganja pada pukul 7 pagi, 16 Mei 2009 di sebuah rumah nombor 2, Jalan Kenanga Sari 3A, Bandar Sungai Buaya, Rawang, Hulu Selangor.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rosidah Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam Adi Harman Mawardi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan