Mahkamah Tetapkan 14 Dan 15 April Untuk Jenain Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 28 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, memerintah Koperal Jenain Subi untuk membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian pelajar tingkatan 3, AminulRasyhid Amzah dalam satu kejadian tembakan tahun lalu.

Hakim Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap tuduhan untuk dijawab oleh Jenain.

Jenain, 48, didakwa menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan melibatkan keterangan 39 saksi pendakwaan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan