Suruhanjaya Siasatan: Michael Leslie Squires Tiada Hubungan Kerja Dengan SPRM

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas polis British, Michael Leslie Squires tidak pernah terlibat secara langsung, iaitu bekerja di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan oleh Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempengerusikan Suruhanjaya Siasatan kematian pembantu politik, Teoh Beng Hock sebaik sahaja prosiding pada Jumaat bermula.

Menurut James, Squires, 59, yang dilantik sebagai pegawai penyiasat dalam kes itu mengakui bahawa beliau pernah dihubungi oleh Akademi Latihan SPRM bagi membantu menyediakan modul kursus latihan, namun perkara itu tidak diteruskan.

Pada prosiding sama, Timbalan Ketua Bahagian Guaman I, Amarjeet Singh yang mengendalikan prosiding juga memaklumkan bahawa tiada sebarang petunjuk baru diperoleh daripada beberapa barangan yang terdapat dalam beg sandang Teoh.

Antara barangan itu ialah beberapa keping cakera padat, pendrive dan kamera.

“Pihak yang terlibat telah bersama-sama melihat isi kandungan barangan tersebut, bagaimanapun tidak menemui apa-apa dan didapati hanya mempunyai butiran peribadi,” katanya.

Teoh, 30, yang merupakan pembantu politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini.

Kematiannya menimbulkan persoalan kerana beberapa jam sebelum itu mendiang hadir di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 plaza sama untuk dirakamkan percakapan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukkan Kerajaan Selangor.

Pada 29 Julai 2009, satu prosiding inkues bagi menyiasat kematian tersebut diadakan, dan selepas lebih setahun bersidang, Koroner Azmil Muntapha Abas memberikan penghakiman terbuka dalam keputusannya.

Keputusan pada 5 Januari lalu itu tidak dapat memutuskan sama ada Teoh mati akibat dibunuh ataupun membunuh diri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan