Polis Berpangkat Inspektor Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini melepas dan membebaskan seorang anggota polis berpangkat Inspektor, Azizah Othman, 45, yang dituduh menerima rasuah RM5,000 lima tahun lepas.

Hakim Ainul Shahrin Mohamed membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Azizah didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat dua Balai Polis Bukit Mertajam pada 16 Jun 2006 antara 6.20 petang hingga 6.30 petang, sebagai dorongan membebaskan Addi Putera Yaacoop daripada tuduhan rogol.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Azizah diwakili peguambela Datuk C.V. Prabhakaran.

Sementara itu, Azizah ketika ditemui selepas prosiding itu melahirkan rasa syukur dengan keputusan itu.

"Saya mengucapkan terima kepada ibu saya yang sering berdoa selama empat tahun ini dan peguam saya (Prabhakaran)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan