Dr Michael Jeyakumar Peroleh Kebenaran Untuk Cabar Keputusan Kerajaan

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj pada Jumaat, memperoleh kebenaran bagi mencabar keputusan kerajaan yang didakwa tidak mempertimbangkan dan menolak permohonan beliau bagi mendapatkan dana daripada peruntukan khas untuk kawasan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi(Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Aziah Ali memberikan kebenaran itu selepas menolak bantahan awal yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Beliau seterusnya menetapkan sebutan semula kes pada 18 Mac depan di hadapan seorang Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk ditetapkan tarikh pendengaran.

Keputusan itu dibuat pada prosiding di dalam kamar dan pihak media dimaklumkan oleh peguam Datuk S. Ambiga yang mewakili Jeyakumar.

Selain itu, Ambiga turut memberitahu bahawa pihak peguam pemerhati telah membuat permohonan untuk dibekalkan dengan dokumen-dokumen yang terlibat.

Peguam pemerhati yang hadir ialah Ranjit Singh bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu), dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Peguam K. Shanmugam pula hadir bagi Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), M. Manogaran (Teluk Intan), Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Sementara itu Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diwakili oleh peguam B. Shamala manakala Yusmadi Yusoff yang mewakili Balik Pulau bertindak untuk diri sendiri.

Jeyakumar, 52, memfailkan permohonan itu pada 29 Oktober lalu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi memperoleh perisytiharan bahawa peruntukan khas kawasan Parlimen mesti dibekalkan dan disediakan kepada semua ahli Parlimen secara saksama.

Beliau yang merupakan pakar jantung menamakan Ketua Pengarah bagi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Pengarah Pejabat Pembangunan Perak dan kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga ketiga.

Pemohon antaranya menuntut writ quo warranto (permohonan yang mencabar kesahihan pelantikan perjawatan) dikeluarkan yang memerintahkan pihak responden untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat mengenai kuasa mereka dalam mengguna, melulus dan mengeluarkan dana daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Dalam afidavit sokongan yang diikrarkannya pula, beliau mendakwa terdapat maklumat yang bertentangan dengan responden yang mempunyai kuasa atau budi bicara untuk melulus dan mengeluarkan dana daripada peruntukan khas kawasan Parlimen.

Pemohon menyatakan, alasan yang diberikan oleh pihak responden untuk tidak mempertimbangkan atau menolak permohonan yang dikemukakannya kerana ia adalah palsu, tidak betul dan suatu penyalahgunaan kuasa.

Selain itu, pemohon menuntut perintah mandamus (bagi memaksa responden) menyatakan semua projek dan aktiviti bagi permohonan untuk mendapatkan dana daripada peruntukan khas di kawasan Parlimen Sungai Siput bagi tahun lalu.

Pemohon juga menuntut perisytiharan bahawa peruntukan tersebut mesti dibekalkan secara saksama selaras dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, pemohon menuntut ganti rugi punitif, keterlaluan dan teladan dan kos untuk dibayar oleh mereka kepadanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan