Dadah: Tiga Beradik Warga Mexico Antara Diarah Membela Diri

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lima lelaki termasuk tiga adik-beradik warga Mexico diarah membela diri oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan mengedar Methaphetamin seberat 29,460.17 gram dianggarkan bernilai RM44 juta tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwaan Raya Umar Saifuddin Jaafar berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh.

Tertuduh ialah Lim Hung Wang, 54; warga Singapura, Lee Boon Siah, 47; warga tempatan, dan tiga adik-beradik warga Mexico Jose Regino Gonzales Villarreal, 33; Simon Gonzales Villarreal, 36, dan Luis Alfonso Gonzales Villarreal, 43.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah kilang IPL Packaging Industries Sdn Bhd, No 55 Jalan Idaman 1/5 Senai Industries Park, Senai, Johor Baharu, pada 3.15 petang, 4 Mac 2008.

Zawawi dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan iaitu ahli kimia berjaya membuktikan terdapat kesan dadah di tempat kejadian, pada pelbagai peralatan pemprosesan, serta pada pakaian dan badan tertuduh.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi juga mahkamah berpendapat tidak syak lagi kilang tempat kejadian itu dijadikan tempat membuat dan memproses dadah.

"Manakala mengenai kehadiran tertuduh ketiga, keempat dan kelima yang dikatakan secara kebetulan berada di situ adalah tidak munasabah kerana mereka datang dari jauh," katanya.

Mereka diwakili peguam Kitson Foong, Ahmad Zaidi Zainal dan T. Kumar, didakwa mengikut Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu seramai 14 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan.

Mahkamah menetapkan tiga hari bermula 27 April ini untuk sambung bicara.

Kesemua tertuduh ditempatkan di Penjara Air Molek, Johor Baharu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan