Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor: Mahkamah Tolak Rayuan

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Negara mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar kesahihan arahan setiausaha kerajaan negeri Selangor bahawa kakitangan awam negeri hanya boleh disoal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat masing-masing.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Jeffrey Tan Kok Wha memutuskan perkara itu perlu dihantar kembali ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar@Izhar Ma'ah dan Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, menolak rayuan setiausaha kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Selangor dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka (setiausaha kerajaan negeri Selangor dan kerajaan negeri Selangor) untuk membatalkan saman pemula Peguam Negara.

Setiausaha kerajaan negeri dan kerajaan negeri Selangor juga diperintahkan membayar RM30,000 bagi kos undang-undang.

Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal kerana pekeliling itu adalah tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan.

Dalam permohonan itu, Peguam Negara berkata pekeliling itu adalah batal dan tidak sah kerana ia menghalang pegawai SPRM daripada menjalankan tugas mereka sepertimana ditetapkan oleh Parlimen dan undang-undang.

Pekeliling itu menyatakan ahli majlis eksekutif negeri Selangor dalam mesyuarat mereka pada 22 Julai, memutuskan semua kakitangan yang berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri tidak dibenarkan ditemu bual oleh pegawai SPRM di luar pejabat mereka, sebaliknya hanya boleh disoal dalam bangunan setiausaha kerajaan negeri.

Ia juga menyatakan semua perjumpaan dengan pegawai SPRM perlu diadakan antara pukul 8 pagi dan 6.30 petang.

Pekeliling itu yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud, menyatakan keputusan yang dibuat oleh ahli majlis eksekutif itu juga termasuk memberikan perkhidmatan undang-undang kepada kakitangan awam semasa mereka disoal oleh pegawai SPRM.

Pekeliling itu didraf selepas kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, yang ditemui mati di Plaza Masalam dekat sini pada 16 Julai, 2009.

Teoh sebelum itu disoal siasat oleh pegawai SPRM Selangor di ibu pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14 di bangunan yang sama.

Kerajaan negeri Selangor dalam permohonannya untuk membatalkan saman pemula itu, mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai locus standi untuk memulakan prosiding dan pihak yang sesuai untuk berbuat demikian ialah SPRM kerana ia secara langsung terjejas dengan pekeliling itu.

Perayu diwakili peguam Tommy Thomas manakala Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi mewakili Peguam Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan