Pecah Amanah MAIWP: Hukuman Penjara Empat Tahun Dua Lelaki Dikekalkan

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua lelaki, masing-masing diperintahkan menjalani hukuman penjara empat tahun kerana kesalahan melakukan jenayah pecah amanah membabitkan RM2 juta milik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), 17 tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Suriyadi Halim Omar menolak rayuan terakhir bekas remisier Haron Jambari, 49, dan bekas akauntan MAIWP Nik Abdul Aziz Nik Mohd Amin, 54.

Panel itu yang turut dianggotai Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop, mengekalkan hukuman dua sebatan dengan rotan ke atas Haron yang diputuskan Mahkamah Sesyen tetapi mengenepikan hukuman rotan ke atas Nik Abdul Aziz kerana dia berusia lebih 50 tahun.

Haron menghadapi dua pertuduhan pecah amanah dan membuat kenyataan palsu manakala Nik Abdul Aziz menghadapi tiga pertuduhan iaitu pecah amanah, membuat kenyataan palsu dan menerima RM130,000 daripada Haron, berhubung pembelian saham Petronas Dagangan Bhd untuk MAIWP.

Kedua-dua mereka diperintahkan oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman itu serentak mulai hari ini.

Bagi Haron, Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 29 Julai, 2002, yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan dua sebatan dengan rotan bagi kesalahan pecah amanah yang dilakukan di pejabat Arab-Malaysian Securities Sdn Bhd di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, pada 4 Feb 1994.

Dia juga disabitkan dan dihukum penjara tiga tahun dan denda RM1 juta atau penjara dua tahun jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Sesyen kerana membuat kenyataan palsu berhubung kelulusan bagi pembelian dan pembayaran untuk 187 lot saham Petronas Dagangan Bhd untuk MAIWP di tempat yang sama antara 3 Februari dan 16 Mei 1994.

Bagi Nik Abdul Aziz, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara bagi dua pertuduhan yang dihadapinya tetapi melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan kedua iaitu membuat kenyataan palsu berhubung kelulusan bagi pembelian dan pembayaran 187 lot saham Petronas Dagangan Bhd untuk MAIWP.

Mahkamah Rayuan juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas Nik Abdul Aziz bagi kesalahan bersubahat dengan Haron untuk melakukan pecah amanah membabitkan RM2 juta milik MAIWP di pejabat MAIWP di Jalan Raja Muda pada 3 Februari 1994 tetapi mahkamah mengenepikan hukuman dua sebatan ke atas Nik Abdul Aziz oleh Mahkamah Sesyen.

Panel itu juga mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Nik Abdul Aziz bagi pertuduhan ketiga iaitu atas kapasitinya sebagai penjawat awam, menerima RM130,000 daripada Haron berhubung pembelian saham Petronas Dagangan berjumlah RM2 juta untuk MAIWP yang dilakukan di pejabat MAIWP antara 21 Februari 1994 dan 28 Februari 1994.

Kedua-dua mereka mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan selepas gagal membatalkan sabitan dan hukuman mereka di Mahkamah Tinggi pada 10 Julai, 2007.

Mereka mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan. Mereka juga dibebaskan (oleh Mahkamah Tinggi) dengan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuan diputuskan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan