Mohd Saiful Antara Individu Dirakam CCTC Kondominium Desa Damansara

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi hari ini tertumpu kepada keterangan mengenai rakaman kamera tertutup memaparkan tujuh kenderaan dan beberapa individu termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan keluar masuk di lif tingkat lima Kondominium Desa Damansara tempat beliau didakwa diliwat oleh Anwar.

Rakaman berkenaan turut mempaparkan visual kenderaan yang dipandu oleh Mohd Saiful dan lif yang digunakannya.

Mohd Saiful sebelum ini telah mengenal pasti di mahkamah bahawa beliau adalah individu yang memandu kenderaan berkenaan dan masa beliau menggunakan lif itu.

Pegawai penganalisis audio visual Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia di Cheras, Asisten Supritendan (ASP) Fauziah Che Mat, memberitahu mahkamah bahawa beliau telah diarahkan oleh pegawai penyiasat kes berkenaan Deputi Supritendan (DSP) Judy Blacious Pereira untuk membuat analisis secara terperinci data kandungan dua pemacu keras pada 3 Julai 2008.

Ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hanafiah Zakaria, saksi itu berkata pegawai berkenaan memberitahu beliau bahawa kedua-dua pemacu keras mengandungi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakamkan pada hari kejadian pada 26 Jun 2008.

Fauziah memberitahu mahkamah bahawa pegawai penyiasat berkenaan telah membantunya dalam mengenal pasti beberapa kenderaan dan individu yang memasuki perkarangan Kondominium Desa Damansara antara 12 tengah hari dan 4 petang pada hari berkenaan.

Saksi pendakwaan kelapan itu menjelaskan bahawa beliau telah memuat turun segala data yang terdapat pada kedua-dua pemacu keras untuk memastikan segala data tidak terjejas akibat virus ataupun disebabkan faktor lain seperti kepanasan ataupun terkena cecair.

"Setelah memastikan kesemua data seperti mana terdapat dalam pemacu keras asal, saya menggunakan peralatan dan perisian khas yang terdapat di makmal untuk membuat analisis terperinci mengenai segala visual yang dirakamkan oleh CCTV dari bangunan berkenaan," katanya.

Anwar, 63, sedang menghadapi tuduhan meliwat Mohd Saiful, 25, yang merupakan bekas pembantu peribadinya, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketika disoal lanjut oleh Mohd Hanafuah apakah arahan khusus oleh Pereira kepada beliau, Fauziah berkata beliau telah diarah untuk mengenal pasti visual dua kenderaan iaitu jenis MG Rover berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WMK 6 serta sebuah kereta Fiat bernombor WPK 5925.

Kepada persoalan mengenai apa yang berlaku kepada dua pemacu keras yang asal diserahkan oleh Pereira, saksi itu berkata beliau telah memeterikannya dalam sebuah sampul dan menyerahkannya kepada pegawai penyiasat pada 24 September 2008.

Fauziah juga memberikan keterangan satu persatu mengenai setiap kenderaan dan invividu bermula dari kenderaan memasuki perkarangan utama kondominium, seterusnya individu dari setiap kenderaan menaiki lif di tingkat P1 ke tingkat lima.

Kenderaan berkenaan tiba antara 12 tengah hari dan 1 petang, dan kenderaan terakhir meninggalkan kondominium berkenaan pada 5 petang, katanya.

Visual rakaman ditayangkan di mahkamah, di mana satu pemacu keras mempaparkan visual di pintu keluar masuk kondominium dan satu lagi menayangkan individu-individu keluar masuk lif berkenaan.

Fauziah memberi keterangan secara terperinci mengenai gambar-gambar yang beliau memuat turun daripada rakaman berkenaan yang dikehendaki oleh Pereira.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti siapakah pemilik kenderaan berkenaan ataupun individu-individu di dalam rakaman berkenaan.

Kepada persoalan lain oleh Mohd Hanafiah mengenai apakah beliau lakukan dengan kedua-dua pemacu keras yang asal, saksi itu berkata beliau telah masukkannya dalam sampul makmal dan sampul dimeterikan sebelum diserahkan kepada Pereira pada 24 September 2008.

Perbicaraan di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan