Kes Sosilawati Disebut Di Mahkamah Tinggi 24 Mac Depan

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANTING: Kes seorang peguam, N. Pathamanabhan yang didakwa membunuh seorang jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang hilang bersamanya akan disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini pada 24 Mac depan.

Tarikh itu ditetapkan oleh Majistret Telok Datok, di sini, Hurman Hussain pada Khamis, selepas beliau membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes.

Pada prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof turut mengemukakan izin pendakwaan yang tidak dikemukakan pada prosiding sebelum ini.

Selain Ishak, barisan pendakwaan turut diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abd Ghani dan Saiful Edris Zainudin manakala peguam Puspha Rathnam dan Datuk Ng See Teong mewakili barisan pembelaan.

Pathamanabhan, 42, didakwa bersama tiga pekerja ladang iaitu T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim, 32, dan pemandu Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang beralamat Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, di sini, antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Mangsa dilaporkan dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang di Sungai Panchau, di sini.

Sebelum itu, mereka dilaporkan menuju ke Banting untuk berjumpa dengan seorang peguam bagi berbincang mengenai urusan jual beli tanah.

Pendakwaan terhadap tertuduh dikendalikan untuk kali pertama pada 13 Oktober lalu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Semua tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.

Sementara itu, pada 15 Oktober 2010, Hurman memerintahkan supaya dua lagi pekerja ladang iaitu K. Sarawanan, 20, dan U.Suresh, 27, dihukum penjara selama 7 tahun bagi kesalahan melupuskan bahan bukti pembunuhan yang menggemparkan negara itu.

Hukuman itu dijatunkan selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut, di mana pengakuan Sarawanan direkodkakn bagi kesalahan membakar mayat dan Suresh pula untuk membuang abu mayat.

Bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, Hakim Mahkamabh Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki yang melakukan semakan terhadap keputusan itu memerintahkan supaya hukuman mereka dipinda menjadi 20 tahun setiap seorang.

Pada penghakimannya, Mohtarudin berkata, hukuman tujuh tahun yang dijatuhkan sebelum itu adalah tidak mencukupi dengan kesalahan yang dilakukan, iaitu cuba melindungi kesalahan bunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan