Suruhanjaya Arah Polis Cari Kepala Jam Tangan Teoh Beng Hock

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua tahun Teoh Beng Hock meninggal dunia, Suruhanjaya yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian pembantu politik itu memerintahkan pegawai penyiasat untuk mencari semula kepala jam tangan pembantu politik itu yang masih tidak dijumpai sehingga kini.

Berdasarkan kenterangan yang diberikan oleh Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal, 39, hanya tali jam tangan sahaja yang ditemui semasa beliau dan pasukan forensik tempat kejadian membuat carian di luar koridor tingkat lima, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam, dekat sini, iaitu tempat mayat dijumpai.

Bagaimanapun, pada prosiding Rabu, Pengerusi Suruhanjaya Tan Sri James Foong Cheng Yuen memerintahkan supaya pencarian itu dibuat pada satu lubang saliran air yang terletak berhampiran dengan kedudukan mayat dijumpai kerana terdapat kemungkinan kepala jam itu terjatuh ke dalam saliran tersebut.

Kehadiran lubang saliran air pada awalnya disedari oleh salah seorang anggota suruhanjaya, iaitu Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh.

Justeru itu, Jemes memerintahkan supaya pencarian tersebut dibuat sebelum ketibaan penyiasat bebas yang akan dilantik bagi membantu suruhanjaya.

“Ia merupakan sesuatu perkara yang penting kerana dijumpai dekat dengan mayat. Mudah-mudahan kita akan menemui sesuatu,” kata James dan memerintahkan supaya perkara itu dibuat petang Khamis untuk tidak membuang masa.

Beliau juga memerintahkan supaya pencarian baru itu dibuat dengan lengkap, termasuk menggunakan pita pengukur dan lampu suluh serta mendapatkan bantuan penyelenggara bangunan untuk mendapatkan anggaran kedalaman lubang saliran.

Selain itu, peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Muhammad Shafee Abdullah pula mencadangkan agar khidmat seorang tukang paip digunakan untuk mencari kepala jam tersebut.

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan