Blogger Mohan Lanjutan Masa Untuk Fail Pernyataan Pembelaan Saman Rais

Diterbitkan: Selasa, 22 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang blogger yang menghadapi saman daripada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berhubung satu penyiaran makalah berunsur fitnah dalam sebuah blog memohon lanjutan masa bagi memfailkan pernyataan pembelaannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof membenarkan permohonan Amizudin Ahmat apabila pihak-pihak berkenaan menemui hakim itu pada 17 Februari.

Berikutan permohonan itu, Hakim Zabariah menetapkan 21 Mac untuk mendengar permohonan injunksi inter-parte. Sebelum ini, hakim menetapkan hari ini untuk mendengar permohonan itu.

Pada 2 Februari, Rais mendapat injunksi daripada Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Amizudin membuang makalah berbaur fitnah terhadap beliau daripada laman blognya.

Ketika membenarkan permohonan Rais itu, Hakim Zabariah memerintahkan Amizudin Ahmat, atau ejennya, membuang perkataan atau makalah berunsur fitnah dan foto plaintif (Rais) daripada blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Hakim juga membenarkan permohonan Rais untuk menghalang Amizudin atau ejennya daripada terus menyiarkan makalah berbaur fitnah itu atau mana-mana makalah berbaur fitnah lain terhadap beliau dalam blog penulis itu atau mana-mana blog dan medium lain sehingga selesai pendengaran injunksi inter-parte.

Pada 31 Januari, Rais memfailkan saman fitnah terhadap Amizudin, yang juga anggota jawatankuasa Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat, berhubung makalah berkenaan yang tersiar dalam blog penulis itu berserta foto Rais pada atau kira-kira pada 28 Disember tahun lepas.

Dalam saman yang difailkan melalui Tetuan Shafee & Co, Rais menuntut ganti rugi umum, ganti rugi khas, ganti rugi teruk, ganti rugi punitif, faedah dan injunksi terhadap defendan supaya membuang dan menghalang defendan daripada terus menyiarkan makalah berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rais, 69, berkata kesemua perkataan dalam makalah berbahasa Melayu itu berniat jahat dan berbaur fitnah terhadap beliau.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu berkata perkataan dalam makalah itu bermaksud dan/atau boleh difahamkan bermaksud bahawa beliau melakukan satu kesalahan serius iaitu merogol dan berkemampuan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia.

Dalam pernyataan tuntutan berkenaan, Rais berkata perkataan yang berbaur fitnah itu juga bermaksud beliau seorang manusia dan/ atau pemimpin yang tidak bermoral.

Kata Rais, berikutan penyiaran makalah itu, nama baik beliau secara peribadi dan/atau secara profesional telah tercemar teruk di peringkat nasional dan/atau antarabangsa, daripada segi ketokohan dan kredit, dan telah diseretkan ke dalam skandal, kebencian dan kehinaan di mata umum serta mengalami keaiban, tekanan dan kerugian.

Rais, yang juga Anggota Parlimen Jelebu, menafikan tuduhan itu bulan lalu selepas nama beliau disebut oleh seorang penulis blog.

Selepas itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah beliau selama lapan tahun dilaporkan sebuah portal berita Indonesia menafikan yang dia pernah dilayan secara kejam atau dirogol oleh majikannya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan