Saksi: Tiada Bukti Teoh Panjat Keluar Tingkap

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat polis memberitahu Suruhanjaya Siasatan kematian Teoh Beng Hock bahawa tiada bukti yang menunjukkan setiausaha politik kepada exco Selangor itu memanjat keluar dari tingkap di mana tempat dia dipercayai terjatuh.

Cif Inspektor Mazli Jusoh @ Che Kob dari bahagian forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam beliau tidak menemui apa-apa kesan yang menunjukkan mangsa telah memanjat keluar daripada tingkap tersebut.

Bagaimanapun, beliau yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di tempat kejadian, tidak menafikan ada kemungkinan mangsa boleh melangkah sendiri untuk keluar daripada tingkap di tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam kerana ukuran daripada lantai ke bingkai tingkap itu hanya tiga kaki tiga inci.

"Dengan ukuran itu, seseorang boleh melangkah keluar daripada tingkap dengan cara biasa," katanya ketika menjawab soalan peguam Christopher Leong dari Majlis Peguam berhubung kemungkinan mangsa telah keluar daripada tingkap yang dipercayai tempat dia terjatuh.

Teoh, 30, setiausaha politik anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Mazli, yang merupakan saksi keenam dalam prosiding itu turut bersetuju dengan Leong bahawa seseorang itu perlu memegang bingkai tingkap ataupun duduk di ambangnya (atas bingkai tingkap) sekiranya ingin memanjat keluar daripada tingkap.

Selain itu, ketika disoal bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk T. Selventhiranathan sama ada pihak forensik menyifatkan siasatan kes ini melibatkan kes bunuh diri atau sebaliknya, Mazli memberitahu pihaknya melihat kes yang disiasat oleh mereka melibatkan jenayah bukannya bunuh diri.

Prosiding itu disambung petang ini.

Suruhanjaya Siasatan itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen dan dianggotai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman, Pakar Perunding Patologi Forensik, Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Bhupinder Singh dan Pakar Perunding Psikiatri Forensik serta Dekan Fakulti Perubatan Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya Profesor Dr Mohamed Hatta Shaharom.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Januari lepas, antara lain bagi menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner membuat 'keputusan terbuka' berhubung kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan