Pemain Bola Sepak Perlis Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Seks Oral

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang pemain bola sepak pasukan Perlis pada Isnin, mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan salah laku seks oral dan mencederakan seorang gadis di sini, baru-baru ini.

Muhammad Munawwar Shavukath Ali, 21, pemain pertahanan Perlis meminta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mahkamah Sungai Petani, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.

Pemain bola sepak Perlis itu dari Flat Paya Nahu, Sungai Petani menghadapi dua kes membabitkan tiga pertuduhan manakala mangsanya dari Taman Sri Tanjung, Sungai Layar, Sungai Petani.

Dalam kes pertama, dia dituduh pada 13 Februari lepas antara pukul 3.30 petang hingga 5.30 petang di rumah kosong nombor 533, Jalan Taman Batik, Sungai Petani, mendatangkan kecederaan parah terhadap seorang gadis berusia 17 tahun, dan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Dalam kes kedua, dua pertuduhan dikenakan terhadap Muhammad Munawwar iaitu dituduh mencabul kehormatan gadis tersebut dengan cara meraba dan menghisap buah dada mangsa, satu kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Satu lagi pertuduhan, dia didakwa dengan cara menyuruh mangsa menghisap kemaluannya yang mana kesalahan ini melanggar kesopanan dan dihukum mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Muhammad Munawwar dituduh melakukan kedua-dua kesalahan terhadap gadis itu pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Majistret Raja Shahril Anuar mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bagi kes pertama dan RM7,000 kes kedua dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Mac depan untuk mendengar kes itu.

Timbalan Pegawai Pendakwa Raya, Lim Saw Sin mengendalikan kes itu manakala pemain bola sepak itu diwakili peguam bela, T. Jayaraj. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan