Badrul Hisham Kekal ADUN Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Jumaat, 18 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Badrul Hisham Abdullah kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, memutuskan bahawa kerusi tersebut tidak kosong.

Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas menerima saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham, 51, terhadap Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim ekoran tindakan beliau mengisytiharkan kekosongan kerusi N46 itu.

Pada penghakimannya, Zaleha turut menolak permohonan Teng untuk membatalkan saman pemula itu dan memerintahkan supaya Teng yang dinamakan sebagai defendan pertama menjelaskan kos sebanyak RM40,000.

Keputusan itu dibuat selepas Zaleha mendengar pihak-pihak yang terlibat berhujah dalam prosiding yang dijalankan di dalam kamarnya.

Pihak media dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh peguam-peguam yang mewakili Badrul HIsham, Datuk Hafarizam Harun dan Firoz Jamaluddin.

Menurut Hafarizam, permohonan itu didengar tanpa kehadiran peguam Tommy Thomas yang mewakili Teng dan difahamkan peguam itu ada menghantar seorang wakil.

“Bagaimanapun, ketidakhadiran peguam Tommy Thomas bukan alasan untuk tidak meneruskan pendengaran kerana pada pengurusan kes Rabu lalu, seorang wakil dari firma guaman itu telah hadir dan bersetuju kes didengar hari ini,” katanya.

Mengenai kos RM40,000 itu, Hafarizam berkata ia dikenakan ekoran tindakan Teng mengisytihar kekosongan kerusi.

Teng membuat pengisytiharan tersebut dalam satu sidang media pada 19 Januari lalu kerana mendakwa Badrul Hisham telah tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama enam bulan seperti yang diperuntukkan oleh Artikel 69 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Bagaimanapun, pada Jumaat, Hafarizam menghujahkan bahawa tempoh enam bulan yang didakwa oleh Teng seharusnya dikira bermula daripada 8 November 2010 di mana Badrul tidak menghadiri Sidang DUN atas alasan mendapatkan rawatan tradisional akibat masalah kesihatan.

“Tempoh tersebut tidak seharusnya dikira daripada 16 Julai 2010 seperti yang didakwa oleh Teng kerana pada tarikh tersebut tiada sidang DUN diadakan,” katanya.

Sementara itu, Badrul yang turut berada di mahkamah berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang memihak kepadanya.

“Kemenangan ini adalah kemenangan untuk semua penduduk Pelabuhan Klang,” katanya yang memakai baju kemeja batik berwarna coklat.

Turut berada di mahkamah ialah sebilangan kecil penyokong Badrul Hisham, yang memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum membuat keputusan untuk menjadi ADUN bebas pada Oktober 2009.

Beliau akhirnya mengisi borang keahlian UMNO pada Mei tahun lalu.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang bermula selepas Teng membuat pengisytiharan bahawa kerusi itu kosong pada 19 Januari lalu menyebabkan Badrul Hisham memfailkan saman pemula pada 24 Januari lalu.

Saman pemula itu difailkan bagi mendapatkan deklarasi bahawa beliau masih seorang ADUN dan boleh menjalankan tugasnya termasuk menghadiri sidang DUN. Beliau juga memohon deklarasi bahawa tindakan Teng adalah ultra vires (melampaui batas undang-undang) Artikel 69 tersebut.

Badrul juga mendakwa keputusan yang dibuat Teng telah menyalahguna kuasa serta bertindak secara mala fide (niat jahat), tidak munasabah, tidak adil dan mempunyai niat politikal yang berkepentingan.

Selain Teng, Badrul Hisham juga menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai defendan kedua dalam samannya. SPR diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md said.

Sementara itu, Teng memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula Badrul pada 10 Februari lalu atas alasan beliau memiliki kekebalan di bawah Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang oleh Badrul Hisham.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan