Bicara Tuntutan Royalti Anuar Zain Terhadap Syncrosound Ditangguh 11 Mac

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes tuntutan royalti oleh penyanyi popular, Anuar Zain terhadap syarikat rakaman Syncrosound Records Label Music Sdn Bhd (Syncrosound) tidak dapat dijalankan selepas Anuar menerima dokumen baru daripada syarikat rakaman itu.

Prosiding itu sepatutnya disambung hari ini di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nurul Nazdia Abdul Aziz, di dalam kamarnya.

Ketika ditemui pemberita, peguam Aizul Rohan yang mewakili Anuar memberitahu pihaknya baru menerima satu ikatan dokumen dari Syncrosound yang diwakili peguam Max Yong, setebal 181 muka surat.

"Dokumen itu sepatutnya diserahkan sebelum perbicaraan dan disahkan oleh mahkamah selain semua saksi pihak defendan juga telah memberi keterangan.

"Dan sekiranya dokumen baru ini diterima oleh pihak mahkamah perbicaraan terpaksa dijalankan semula," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mac ini untuk kedua-dua pihak berhujah dan keputusan sama ada dokumen itu boleh digunakan di dalam perbicaraan atau sebaliknya.

Pada 14 Mei tahun lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan Anuar atau nama sebenarnya Shahrul Annuar Zain, 40, berhak mendapatkan royalti daripada Syncrosound.

Sebelum ini, Syncrosound memfailkan saman terhadap Anuar kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak apabila menamatkan kontrak tanpa merakamkan tiga album lagi dengan syarikat itu.

Dalam tuntutan balas terhadap syarikat rakaman itu, penyanyi tersebut memohon diberikan butiran atau penyata mengenai penjualan kesemua album yang diterbitkan Syncrosound, dan bayaran royalti seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan