Saya Tidak Tahu Iking Dan Choy Ada Hubungan Profesional: Saksi

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa dia tidak mengetahui kawan baiknya, Daphne Iking mempunyai hubungan profesional dengan seorang ahli perniagaan Darren Choy Khin Min walaupun mereka telah berkawan sejak tujuh tahun lepas.

Jason Yeoh berkata, dia hanya mengetahui Choy merupakan bekas Pengarah Urusan Adidas dan Iking sebagai duta produk sukan itu selepas model itu, yang juga pengacara, berkahwin dengan Ryan Chong Yiing Yih, 32.

"Saya hanya mula mengenali Choy berhubung kes ini melalui Chong dan bukannya secara peribadi," katanya ketika disoal balas peguam Akhbardin Abdul Kadir dalam kes perbicaraan saman peribadi yang dikemukakan bekas suami Iking, Chong, 31, terhadap Choy, 44.

Chong mengemukakan saman itu kerana mendakwa Choy memikat Iking, yang ketika itu masih isterinya dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengan Choy di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Yeoh berkata dia ada melihat Choy di sebuah majlis yang turut dihadiri Iking dan Chong, bagaimanapun tidak pasti mengenai butiran majlis berkenaan.

"Saya hanya hadir sebagai kawan dan tidak pasti apakah majlis itu tetapi sangat pasti ia tiada kaitan dengan Adidas kerana tidak pernah menghadiri mana-mana majlis Adidas," katanya.

Yeoh memberitahu mahkamah, bahawa dia mula berkawan dengan Chong ketika menjalani praktikal sebagai pelatih kamar setelah diperkenalkan rakan lain dan kemudian mula mengenali Iking juga melalui seorang rakannya yang belajar di kolej sama.

Prosiding di hadapan Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah bersambung 4 Mac ini. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan