Syarikat Abu Dhabi Saman Sime Darby Engineering

Diterbitkan: Selasa, 15 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Sebuah syarikat tenaga beroperasi di Abu Dhabi, Emirates International Energy Services (Emas), memfailkan satu saman terhadap Sime Darby Engineering (SDE), sebuah syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, berpunca daripada pertikaian berhubung pembidaan tender, demikian menurut satu laporan akhbar.

Menurut akhbar harian "The National," syarikat Malaysia itu didakwa menarik diri daripada tujuh projek berskala besar "bagi membantu syarikat-syarikat asing yang tidak dinamakan memenangi tender".

Ia menyebut sepucuk surat yang disertakan dengan fail mahkamah, di mana Emas mendakwa penarikan daripada pembidaan telah dilakukan pada "waktu kritikal dan saat akhir, satu perkara yang menimbulkan keraguan mengenai syarikat kami dan memburukkan reputasi syarikat".

Laporan itu menyebut SDE membida projek dalam sektor minyak dan gas di negara Teluk itu menerusi Emas.

Emas dilaporkan menuntut pembayaran hampir US$200 juta dan ganti rugi dalam saman yang difailkan di Mahkamah Komersil Abu Dhabi.

Menurut laporan akhbar itu, SDE menafikan dakwaan itu dan mendakwa bahawa syarikat itu tidak tertakluk untuk menerima atau menolak projek berkenaan sejajar dengan mana-mana tarikh akhir.

Di KUALA LUMPUR, Sime Darby dalam satu kenyataan berkata, Sime Darby Engineering (SDE) akan mencabar saman itu sebaik saja menerimanya, berdasarkan nasihat dari peguam caranya di Dubai.

"Kami akan gunakan segala hak kami mengikut undang-undang," kata kenyataan itu.

Pada 13 Ogos tahun lepas, Emas menulis surat kepada SDE mendakwa ia mengalami kerugian dan menuntut ganti rugi kerana SDE tidak mengambil beberapa projek yang Emas telah kenalpasti untuk SDE.

"Sime Darby Engineering telah menjawab kepada Emas pada 8 September 2010 menolak tuntutan daripada Emas sebagai tidak mempunyai asas langsung dari segi undang-undang dan bahawa tuntutan itu sendiri menjadi alasan untuk menganggap perjanjian itu sebagai telah dilanggari dan alasan untuk terminasi," kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan