Syarikat Abu Dhabi Saman Sime Darby Engineering

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Sebuah syarikat tenaga beroperasi di Abu Dhabi, Emirates International Energy Services (Emas), memfailkan satu saman terhadap Sime Darby Engineering (SDE), sebuah syarikat milik penuh Sime Darby Bhd, berpunca daripada pertikaian berhubung pembidaan tender, demikian menurut satu laporan akhbar.

Menurut akhbar harian "The National," syarikat Malaysia itu didakwa menarik diri daripada tujuh projek berskala besar "bagi membantu syarikat-syarikat asing yang tidak dinamakan memenangi tender".

Ia menyebut sepucuk surat yang disertakan dengan fail mahkamah, di mana Emas mendakwa penarikan daripada pembidaan telah dilakukan pada "waktu kritikal dan saat akhir, satu perkara yang menimbulkan keraguan mengenai syarikat kami dan memburukkan reputasi syarikat".

Laporan itu menyebut SDE membida projek dalam sektor minyak dan gas di negara Teluk itu menerusi Emas.

Emas dilaporkan menuntut pembayaran hampir US$200 juta dan ganti rugi dalam saman yang difailkan di Mahkamah Komersil Abu Dhabi.

Menurut laporan akhbar itu, SDE menafikan dakwaan itu dan mendakwa bahawa syarikat itu tidak tertakluk untuk menerima atau menolak projek berkenaan sejajar dengan mana-mana tarikh akhir. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan