Mahkamah Tolak Permohonan Norish Karman

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman berhubung tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin menolak permohonan tersebut dengan kos, yang akan ditafsirkan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

Keputusan itu sekali gus membenarkan bantahan awal yang difailkan oleh Datuk Hishamuddin Abdul Kadir untuk membatalkan permohonan interlokutari itu.

Pada penghakimannya, Zainor Rashid berkata, tidak wajar untuk mahkamah melayan permohonan tersebut kerana ia akan mengakibatkan berlaku ketidakadilan memandangkan ia akan melewatkan proses induk, iaitu permohonan hak jagaan kekal di mahkamah.

Mahkamah juga berpendapat, keputusan berkaitan pendidikan anak adalah terletak di bawah keputusan permohonan induk, apabila kes tersebut selesai dibicarakan.

Turut ditolak ialah tuntutan pelakon drama Spa Q itu untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

“Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

“Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?,” katanya.

Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.

Keputusan itu dibacakan tanpa kehadiran Norish mahupun Hishamuddin yang hanya diwakili oleh peguam-peguam syarie mereka.

Norish, 36, diwakili peguam syarie Amli Embong manakala peguam syarie Muhammad Buruk mewakili Hishamuddin, 62, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Pasangan itu mendirikan perkahwinan pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8,dan Putri Hany Amanda, 7.

Mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini, pada 15 Julai 2008 tanpa merekodkan persetujuan mengenai hak penjagaan anak.

Justeru itu, pada 10 Oktober 2008, Norish atau nama sebenarnya, Nor’Ashikin Karman memfailkan tuntutan hak jagaan kekal terhadap anaknya sebelum diikuti permohonan interlokutari pada 13 April 2010.

Permohonan tersebut mendapat bantahan daripada Hishamuddin yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan, apabila beliau memfailkan bantahan awal pada 1 Jun 2010.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan