Kes ADUN Saman Kerajaan Pulau Pinang Didengar 1 Mac

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk mendapatkan kebenaran dalam semakan kehakiman yang difailkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim terhadap Pejabat Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan untuk mengosongkan Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga akan didengar pada 1 Mac depan.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf pada Isnin, selepas berjumpa dengan pihak-pihak yang terlibat dalam permohonan tersebut.

Azhar, 65, memfailkan semakan tersebut pada 19 November 2010 bagi mendapatkan perintah supaya semua prosiding yang terlibat ditangguhkan sehingga semakan kehakiman itu selesai.

Beliau menamakan pejabat daerah dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden dalam permohonan semakannya. Beliau yang merupakan ADUN Penaga yang bertanding atas tiket Barisan Nasional juga memohon deklarasi bahawa arahan yang dikeluarkan oleh pejabat daerah itu sebagai tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan.

Permohonan itu dibuat atas alasan ia dilakukan dengan niat jahat (mala fide) dan berdasarkan agenda politik.

Berdasarkan rekod mahkamah, Azhar yang menjadi ADUN sejak 1990, mendakwa terdapat perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat pada 2005 untuk membina pusat komuniti yang dikenali sebagai Pusat Komuniti Kadun Penaga.

Dalam afidavit yang diikrarkan beliau pada 13 Disember lalu, beliau mendakwa pusat itu dibina pada tanah milik Kerajaan Negeri manakala Kerajaan Pusat memberi peruntukkan RM245,000.

Beliau menambah, kedua-dua pihak telah bersetuju bahawa pusat itu akan digunakan oleh ADUN Penaga yang dilantik, tanpa mengambil kira pegangan politik.

Dalam saman tersebut, Azhar mendakwa, pusat itu mula beroperasi pada 2006 dan digunakan oleh pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), pergerakan pemuda dan juga sebagai pusat aktiviti agama.

Beliau turut mendakwa, telah menerima notis pada 8 November lalu daripada pejabat daerah berkenaan mengarahkan beliau untuk memulangkan kunci pusat komuniti atas alasan ia terletak di tanah Kerajaan Negeri.

Azhar seterusnya mendakwa, beliau telah menghantar surat bertarikh 16 November lalu untuk pegawai tersebut mempertimbangkan arahan itu, tetapi masih belum menerima sebarang balasan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan