Bekas Penolong Pegawai Daerah Dijatuhi Hukuman Penjara Kerana Rasuah

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bekas Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Mohd Jamil Mohd Noor, 58, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda sebanyak RM300,000 kerana kesalahan cuba memperolehi rasuah lima tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menjatuhkan hukuman itu setelah tiga kali menangguhkannya kerana tertuduh menjalani rawatan sakit jantung di Hospital Pulau Pinang.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun tertuduh diarah menjalani penjara empat bulan kerana gagal membayar denda.

Mohd Jamil melakukan kesalahan itu pada 27 Januari 2006 pukul 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas.

Dia cuba meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas.

Mohd Jamil dituduh di bawah Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Janariah Abdul Mutalib manakala Mohd Jamil diwakili peguam bela Rosli Ismail. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan