Akibat Merogol Dan Liwat, Buruh Dihukum Penjara 16 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang buruh yang mengaku bersalah atas tuduhan merogol dan meliwat seorang warga emas hampir dua tahun lepas hari ini dihukum penjara berjumlah 16 tahun dan 12 sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Zainol Saad memerintahkan hukuman ke atas tertuduh, Shariefuddin Arshad, 45, dari Serdang, Bandar Baharu dijalankan secara berasingan mulai tarikh dia ditangkap pada 27 September 2009.

Shariefuddin dituduh melakukan kesalahan tersebut secara berasingan ke atas jirannya seorang warga emas berusia 62 tahun di sebuah rumah di Taman Sri Wangsa, Serdang, dekat sini.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa merogol jirannya itu antara pukul 7 dan 8 pagi, 6 September 2009.

Kesalahan itu adalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan. Bagi pertuduhan kedua, Shariefuddin didakwa melakukan persetubuhan di luar tabie pada tarikh dan tempat sama dan didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan sebatan. Bagi pertuduhan pertama, Shariefuddin dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan enam kali sebatan manakala pertuduhan kedua, dia dihukum penjara enam tahun dan enam sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Syazwani Syed Hussain memohon supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan sebagai pengajaran kerana mangsa mengalami trauma akibat kejadian tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan