Peniaga Warga Iran Digantung Sampai Mati Kerana Edar Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat menjatuhi hukuman mati terhadap seorang peniaga permaidani warga Iran selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 7,515 gram, tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu terhadap Hossein Nsiri Zahed, 50, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Hossein dituduh melakukan kesalahan itu bersama-sama Omid Lashkari Mojtaba, yang telah pun dibebaskan oleh mahkamah, di tepi jalan menghala ke Pantai Hill Park, Pantai Dalam, di sini, pada pukul 4.40 petang, 9 Mac tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum menurut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ghazali, dalam penghakimannya berkata tertuduh dalam keterangan bersumpahnya tidak menafikan beg merah yang mengandungi dadah berada bersamanya ketika tertuduh berada di dalam teksi semasa tangkapan terhadapnya dilakukan oleh beberapa anggota polis.

"Tertuduh dalam pembelaannya turut menyatakan bahawa beg itu bukan untuknya tetapi dibawa dari Iran untuk diserahkan kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Ali Reza," katanya.

Ghazali berkata mahkamah mendapati timbul tanda tanya siapa Ali Reza kerana watak itu hanya wujud ketika pembelaan, bukannya ketika pendakwaan dan sekiranya Ali Reza wujud, kenapa dia tidak dipanggil untuk menjadi saksi pembelaan.

Selain itu, keterangan tertuduh bahawa dia hanya menolong Omid untuk menyerahkan beg tersebut kepada Ali Reza dengan alasan Omid tidak mengenali lelaki itu turut menjadi persoalan kerana mengapa tertuduh menjadi seorang yang 'busy body' dan baik hati untuk menolong menyerahkan beg berkenaan sehingga mengundang risiko kepadanya.

Mahkamah juga mendapati keterangan tertuduh bahawa dia mempunyai pengetahuan mengenai nombor bersiri yang terdapat pada beg merah itu tidak dapat disingkirkan.

"Apakah perlunya nombor bersiri itu kepada tertuduh, sekiranya beg itu bukannya diserahkan kepadanya," katanya.

Mahkamah berpendapat elemen pengetahuan mengenai nombor bersiri pada beg itu telah berjaya dibuktikan oleh pendakwaan dan pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian semata-mata.

Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar telah mengemukakan 10 saksi manakala pembelaan yang diwakili peguam Datuk N. Sivanathan memanggil tiga saksi sepanjang prosiding itu.

Pada 6 Jan lepas, mahkamah yang sama membebaskan Omid, 31, daripada tuduhan yang sama setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti kukuh terhadap kes yang dihadapi tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan