Pemandu Lori Didenda RM20,000 Bawa Rokok Seludup

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang pemandu lori dari Langkawi dijatuhi hukuman denda RM20,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas didapati bersalah membawa rokok seludup dari pulau bebas cukai itu tiga tahun lepas.

Majistret Sasha Diana Sabtu menjatuhkan hukuman itu terhadap Khaira Md Yusuf, 38, selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

Khaira dari Kedawang, Langkawi didakwa melakukan kesalahan itu di Km 51.9 Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke arah selatan pada pukul 10.25 pagi, 5 Ogos 2008, mengikut Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967.

Mengikut pertuduhan, dia ditahan pasukan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah ketika membawa 5,000 karton rokok dengan nilai cukai tidak dijelaskan dianggar melebihi RM500,000.

Terdahulu, peguam Y.K. Loo ketika meminta hukuman ringan berkata gaji anak guamnya adalah kecil dan perlu menanggung keluarga.

Selain itu katanya, Khaira juga aktif dengan pertubuhan sukarela.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Raya Jabatan Kastam Kedah Azilah Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan