Mahkamah Tolak Permohonan Tertuduh Kes PKFZ Sapina Wartawan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Klang menolak permohonan Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Stephen Abok, untuk mengeluarkan sapina terhadap seorang wartawan dari sebuah akhbar harian kewangan dalam permohonannya bagi membatalkan kesemua 26 pertuduhan pilihan terhadapnya berkenaan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Asmadi Hussin ketika memutuskan perkara itu berkata sekiranya wartawan akhbar 'The Edge Financial Daily' Chua Sue Ann disapina ke mahkamah, keterangannya tidak akan relevan untuk membantu mahkamah dalam memutuskan permohonan Stephen, 52.

Asmadi berkata sekiranya sumber berita yang ditulis wartawan berkenaan didedahkan di mahkamah, ia juga tidak dapat membuktikan kebenaran maklumat yang diberikan oleh sumber itu sendiri.

Mahkamah turut menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Stephen diwakili peguam Hisham Teh Pok Teik sementara Ketua Unit Pelucuthakan Harta, Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara Dzulkifli Ahmad mengetuai pihak pendakwaan dan wartawan itu diwakili peguam Raja Eileen Soraya Raja Aman.

Pada 29 Disember tahun lepas, Stephen, seorang daripada tiga individu yang dituduh melakukan penipuan dalam pelaksanaan projek PKFZ, memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua 26 pertuduhan pilihan yang dikenakan ke atasnya.

Artikel dalam The Edge Financial Daily bertajuk "OSK Trustees Unaware of Cheating in PKFZ Case" yang diterbitkan pada 10 November tahun lepas digunakan oleh Stephen dalam permohonannya untuk membatalkan kesemua 26 pertuduhan terhadapnya.

Stephen, bekas pengurus projek KDSB, Law Jenn Dong, 52, dan arkitek Bernard Tan Seng Swee, 49, dari BTA Architect mengaku tidak bersalah pada 8 November tahun lepas atas 24 pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees Bhd untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta kepada KDSB bagi dua projek di PKFZ.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di OSK Trustees Bhd, Plaza OSK Ampang antara 30 Jun 2006 sehingga 20 Jun 2008.

Tindakan mereka itu didakwa telah mendorong OSK Trustees untuk membuat pembayaran berjumlah RM116.85 juta.

Selain itu, Stephen dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua lagi pertuduhan pilihan menipu OSK Trustees di antara 31 Julai 2007 dan 8 Oktober 2008 dengan memperdaya syarikat pemegang amanah itu untuk mempercayai bahawa dua projek sama telah dilaksanakan.

Justeru, tindakan mereka telah mendorong OSK Trustees membayar RM5.42 juta kepada KDSB.

Bagi setiap pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda jika disabitkan kesalahan.

Sebelum ini, Stephen dan Tan mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan asal menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membabitkan tuntutan RM5.42 juta pada 31 Julai dan 21 September 2007.

Tan dan Law menghadapi 24 pertuduhan asal menipu LPK bagi mendapatkan pengesahan pembayaran sebanyak RM116.85 juta kepada KDSB melibatkan dua projek yang sama antara 30 Jun 2006 dan 30 Mei 2008. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan