Bekas Anggota Parlimen Pas Bebas Tuduhan Palsukan Dokumen - Berita Mahkamah | mStar

Bekas Anggota Parlimen Pas Bebas Tuduhan Palsukan Dokumen

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini, melepas dan membebaskan bekas Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Jeli, Mohamed Apandi Mohamad yang didakwa atas 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lepas.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51.

Mohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini.

Mohamed Apandi didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baru pada kadar RM230 semalam antara 5 Januari 2002 dan 30 Jun 2003 yang kesemuanya berjumlah RM31,050. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan