Bekas Anggota Parlimen Jeli Lepas Dan Bebas Tuduhan Palsukan Dokumen

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Jumaat melepas dan membebaskan bekas anggota Parlimen PAS kawasan Jeli, Mohd Apandi Mohamad terhadap 13 pertuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lepas.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Mohd Apandi, 51, selepas pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hizwen Azleena Othman Kamal, gagal membuktikan kes prima facie.

Dalam penghakimannya, Nasir berkata terdapat beberapa keterangan daripada saksi pendakwaan yang bercanggah, menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan tarikh sebenar tertuduh menginap di hotel berkenaan seperti dalam pertuduhan.

"Keterangan saksi juga dilihat mengelirukan dan tidak konsisten berhubung nombor bilik yang diduduki oleh tertuduh ketika kejadian dan perkara ini tidak dijelaskan oleh pihak pendakwaan," katanya.

Beliau berkata pertuduhan berhubung status dan prinsipal tertuduh sebagai kapasitinya iaitu Ahli Dewan Rakyat kawasan itu yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah bersifat kabur dan tidak jelas.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Mohd Apandi didakwa sebagai Ahli Dewan Rakyat kawasan Jeli, mengemukakan tuntutan penyataan palsu berhubung sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan yang terletak di Kota Bharu berjumlah RM31,050.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di sini antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan