Bapa Tidak Mengaku Bersalah Bunuh Anak, Diberi Tempoh Dapatkan Peguam

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh anaknya yang berusia tiga tahun dengan cara menyembelih menggunakan pisau pada 24 Ogos tahun lalu.

Muhaimi Sautar, 34, memohon untuk dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Tuan Azman Abdullah.

Tuan Azman kemudiannya menetapkan 9 Mac ini untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkan tertuduh mendapatkan peguambela.

Pada 2 September lepas, Mahkamah Majistret di sini memerintahkan supaya tertuduh dihantar ke hospital psikiatri untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mental, dan dia dihantar ke Hospital Bahagia di Tampoi, Johor.

Muhaimi didakwa membunuh anaknya Muhammad Adam Muzhaffar antara pukul 11.45 pagi hingga 12 tengah hari di rumahnya di No 133, Jalan Atas Paloh, Kampung Sungai Budor di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Rehan Mohd Aris. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan