1 Mac Keputusan Mahkamah Mengenai Bantahan Permulaan Peguam Negara

Diterbitkan: Khamis, 10 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas akan memberikan keputusan pada 1 Mac mengenai bantahan permulaan Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran Karpal Singh untuk satu perintah mandumus meminta Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi menjawab surat beliau berkaitan dakwaan salah lakunya ketika beliau menjadi peguam pengamal pada 1987.

Hakim Datuk Aziah Ali menetapkan tarikh itu setelah mendengar hujah-hujah daripada Karpal dan Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kamar beliau di sini, Rabu.

Karpal Singh memberitahu pemberita bahawa Peguam Negara dalam bantahan permulaannya berkata bahawa beliau (Karpal) tidak ada local standi untuk memfailkan permohonan tersebut dan ia bukan satu kes yang boleh dipertikaikan.

"Peguam Negara juga berkata bahawa saya (Karpal) sebagai Ahli Parlimen tidak boleh melakukan ini tetapi saya balas balik bahawa ia adalah bermoral untuk berbuat demikian," kata Karpal Singh.

Pada 12 Januari, Karpal Singh, pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan kebenaran untuk satu semakan kehakiman meminta satu perintah mahkamah bagi memaksa Zaki menjelaskan dakwaan salah lakunya berkaitan pengakuan Zaki mengenai rasuah pegawai mahkamah semasa beliau menjadi peguam pengamal.

Beliau juga meminta agar Zaki dihadapkan kepada Tribunal Kod Etika Hakim, Karpal Singh juga meminta satu perintah mahkamah untuk menghalang Zaki sendiri daripada menentukan merit aduan yang dibuat terhadap beliau mengikut Seksyen 13 Kod Etika Hakim 2009.

Dalam permohonan, Karpal Singh berkata pihak berkuasa yang mendengar aduan terhadap Zaki adalah seorang ketua hakim yang telah bersara atau hakim mahkamah persekutuan yang telah bersara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan