Pemborong Gas Didakwa Di Mahkamah Cuba Rasuah Pegawai KPDNKK

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Seorang pemborong gas yang cuba merasuah seorang pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi melindungi kegiatannya memindahkan gas secara haram pada September tahun lepas, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Rabu.

Lim Lian See, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Norsalhal Hamzah.

Mengikut kertas pertuduhan, Lim didakwa memberi suapan wang tunai RM20,000 kepada Penolong Penguatkuasa KPDNKK Putrajaya, Mohd Hashim Mat Daud di sebuah premis perniagaan di nombor 42, Lorong Sungai Tukang 1/4, Kawasan Perusahaan Sungai Tukang, di sini pada pukul 2.55 petang, 4 September 2010.

Suapan itu sebagai dorongan supaya Mohd Hashim tidak mengambil tindakan menyita tong gas dan lori milik tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memindahkan gas petroleum cecair (LPG) dari tong domestik kepada tong industri.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Iznina Hanim Hashim mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Peguam C.P. Ang yang mewakili ahli perniagaan itu merayu jumlah jaminan RM10,000 yang dicadangkan pendakwaan dikurangkan kerana tertuduh mempunyai tanggungjawab dan komitmen menyara ramai anggota keluarganya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 April ini untuk sebutan semula kes itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan