Pecah Amanah: Perunding Bebas Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Rabu, 9 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, memerintahkan seorang perunding bebas menjalani hukuman penjara selama tiga tahun selepas didapati bersalah melakukan pecah amanah melibatkan unit saham bernilai RM1.5 juta.

Hakim Rozana Ali Yusoff membuat keputusan itu terhadap Mohd Nasir Abd Samad, 60, selepas berpuas hati bahawa pembelaan yang dikemukakannya gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan.

Keputusan itu dibuat selepas beliau mempertimbangkan keterangan yang diberikan oleh 11 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk tertuduh.

Pada prosiding itu, Rozana turut menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan memerintahkan dia untuk memfailkan rayuan terlebih dahulu.

Mohd Nasir didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 498,000 unit saham Pacific & Orient Bhd kepunyaan Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (yang kini dikenali sebagai Yayasan Guru Malaysia Bhd).

Dia didakwa melakukan kesalahan itu semasa bertindak sebagai perunding kepada yayasan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara Oktober dan Disember 1995 di pejabat Keluangsa Sdn Bhd, Suit 901, Level 9, Pernas International, Jalan Sultan Ismail, di sini.

Tertuduh dalam rayuannya menerusi peguam N. Lalitha memberitahu, dia menghidap penyakit kanser usus dan memerlukan rawatan.

Lalitha menambah, tertuduh mempunyai enam anak, yang mana dua daripadanya masih belajar manakala tertuduh kini sedang melanjutkan pendidikan ke tahap PhD di sebuah universiti tempatan.

Justeru itu, Lalitha merayu agar mahkamah hanya menjatuhkan hukuman denda terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah menyebabkan yayasan itu mengalami kerugian.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan