Klip Video Lingam: Mahkamah Persekutuan Benarkan Suruhanjaya Kemuka Rayuan

Diterbitkan: Isnin, 7 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada keputusan Inkuiri Suruhanjaya Diraja boleh disemak atau tidak.

Ini berikutan langkahnya membenarkan Inkuiri Suruhanjaya Diraja merayu keputusan Mahkamah Rayuan bahawa peguam Datuk V.K.Lingam dan dua bekas ketua hakim berhak mencabar perintah suruhanjaya itu berhubung satu klip video kontroversi yang mengaitkan peguam berkenaan dengan pelantikan hakim.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan sebulat suara bahawa isu undang-undang yang dibangkitkan suruhanjaya tersebut merupakan sesuatu yang baru dan berkepentingan awam.

Beliau berkata suruhanjaya itu memenuhi syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman, dan ia dibenarkan merayu berkaitan satu isu undang-undang iaitu sama ada keputusannya, yang dibuat mengikut Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, boleh disemak melalui semakan kehakiman.

Pada 24 Ogos lepas, Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan majoriti 2-1, membenarkan rayuan Lingam, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi yang tidak membenarkan mereka membuat semakan kehakiman terhadap keputusan suruhanjaya itu.

Berikutan keputusan itu, kes tersebut dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk pendengaran merit permohonan semakan kehakiman ketiga-tiga individu.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel suruhanjaya itu merumuskan bahawa klip video tersebut adalah tulen, dan Lingam merupakan individu yang berbual dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim.

Suruhanjaya itu juga mencadangkan agar tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Eusoff, Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ahli perniagaan yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Ia turut memutuskan bahawa terdapat bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-Undang 1976.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili suruhanjaya itu berhujah, isu undang-undang yang dibangkitkan belum pernah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu, Lingam yang mewakili dirinya sendiri, berhujah keputusan Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada mereka untuk membuat semakan kehakiman adalah satu keputusan interlokutori, dan ia dibuat menggunakan budi bicara mahkamah berkenaan.

"Mahkamah Rayuan telah mengguna pakai prinsip undang-undang yang ditetapkan Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan kita," katanya yang menambah pendengaran merit kes itu perlu diteruskan oleh Mahkamah Tinggi.

Peguam Mahinder Singh Dulku yang mewakili Ahmad Fairuz pula menggesa Mahkamah Persekutuan menolak permohonan suruhanjaya itu kerana isu yang dibangkitkan tidak berkaitan bidang kuasa, sebaliknya fakta yang perlu diputuskan pada pendengaran semakan kehakiman.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan