Status Tuntutan RM1.38 Juta Sosilawati Terhadap Nash Diketahui Mei

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Permohonan tuntutan RM1.38 juta yang difailkan oleh Datuk Sosilawati Lawiya terhadap bekas suaminya, penyanyi terkenal Nash berkemungkinan akan diteruskan meskipun jutawan kosmetik itu dipercayai telah dibunuh.

Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memaklumkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Rabu, bahawa beliau akan berbincang dengan waris kepada Sosilawati untuk mendapatkan kata putus mereka mengenai permohonan tersebut.

"Sehingga kini, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan DNA (asid deoksiribonukleik) itu adalah kepunyaan Sosilawati. Saya telah berbincang dengan keluarga Sosilwati dan mereka perlu menunggu keputusan daripada pihak berkuasa.

"Mereka memohon agar diberikan sedikit masa untuk berbincang sekiranya mahu meneruskan permohonan ini," kata Mohd Zaidi.

Permohonan untuk menangguhkan kes itu tidak dibantah oleh peguam syarie yang mewakili Nash, Amli Embong kerana menurutnya ia adalah untuk bagi kepentingan keadilan.

Amli menambah, jika waris Sosilawati berhasrat untuk meneruskan permohonan, mereka perlu memfailkan beberapa pindaan dalam permohonan asal seperti memasukkan sijil kematian pengasas produk kecantikan Nouvelles Visages itu.

Berdasarkan persetujuan bersama, Hakim Syarie Mohammad Adib Hussain menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes berkenaan.

Semasa ditemui di luar mahkamah, Mohd Zaidi memberitahu, beliau telah berjumpa dengan anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yuliana Buhari pada 9 Januari lalu.

"Rita (panggilan Erni Dekritawati Yuliana) memberitahu dia masih belum berbincang dengan adik-beradik yang lain sama ada mahu meneruskan kes atau tidak. Ia masih belum dimuktamatkan," katanya.

Kes itu pada asalnya ditetapkan sebagai perbicaraan pada Rabu, yang mana pada prosiding terakhir 26 Ogos lalu, Sosilawati melalui keterangan bertulisnya mendakwa wang RM1.38 juta itu diperoleh sebelum beliau berkahwin dengan vokalis kumpulan Lefthanded tersebut.

Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 51, berkahwin dengan Sosilawati, 47, di Batu Pahat pada 16 November 2006 dan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini pada 26 Mei 2009.

Sosilawati memfailkan permohonan itu pada 21 November 2009 untuk menuntut semula RM1.38 juta yang mana RM200,000 daripada jumlah itu dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera dan RM200,000 pula di dalam Amanah Saham Wawasan.

Selain itu, RM500,000 dilaburkan dalam dua akaun saham Public Mutual Berhad dan bakinya RM480,000 digunakan untuk membayar hutang pinjaman bank sebuah rumah teres dua tingkat kepunyaan Nash.

Sosilawati dikatakan telah dibunuh bersama pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, peguam Ahmad Kamal Abdul Karim dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin.

Semua mangsa yang dilaporkan hilang selepas menuju ke Banting, dekat sini untuk bertemu seorang peguam dikatakan telah dibunuh, dibakar dan abu mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Panchau, Banting.

Seorang peguam, N. Pathmanaban, 42, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, atas pertuduhan melakukan pembunuhan tersebut.

Dua lagi pekerja ladang, K. Sarawanan, 27, dan U. Suresh, 20, pula masing-masing dihukum penjara tujuh tahun selepas mengaku salah melupuskan bahan bukti pembunuhan kejam itu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan