Penganggur Didakwa Merompak

Diterbitkan: Rabu, 2 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang penganggur yang dipercayai anggota kumpulan ‘Geng Mamak’ dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas seorang peniaga.

Mustafa Hashim, 46, yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak bagaimanapun memohon mahkamah memberikan dia sedikit masa untuk berfikir sebelum membuat pengakuan terhadap tuduhan itu.

"Kalau boleh, saya mohon diberikan masa selama sebulan," katanya yang kelihatan bersahaja sepanjang prosiding berlangsung.

Hakim Hasbi Hasan membenarkan permohonan itu, tetapi tidak bersetuju dengan tempoh masa yang terlalu lama dan menetapkan sebutan semula kes pada 9 Februari ini.

Hasbi turut membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Faridah Nurdinie Bahrum yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas alasan dia mempunyai lima rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

"Selain itu, kesalahan yang dipertuduhkan juga adalah serius dan melibatkan penggunaan senjata," kata Faridah Nurdinie.

Mustafa yang akan menyambut kelahiran anak ketiga tidak lama lagi, didakwa atas tuduhan merompak Tan Keem Guan, 52, pada pukul 1 petang, 5 Mac 2008 di tepi jalan kawasan Alpine Industrial Park, Seksyen 34, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama empat lagi rakan subahat yang masih bebas dan telah menggunakan sebilah kapak serta melarikan wang tunai RM1,000 milik mangsa.

Tertuduh ditangkap pada 13 Januari lalu dan pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan