Nasib Koperal Jenain Diputuskan 17 Februari

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Nasib seorang koperal polis yang didakwa menyebabkan kematian pelajar tingkatan tiga, AminulRasyid Amzah dalam kejadian tembakan akan diputuskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 17 Februari ini.

Keputusan yang akan diberikan oleh Hakim Latifah Mohd Tahar bakal menentukan sama ada Jenain Subi, 48, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Shah Alam dilepaskan daripada pertuduhan yang dihadapi atau dipanggil untuk membela diri.

Jenain dibicarakan atas tuduhan menyebabkan kematian AminulRasyid, 15, pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April lalu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini.

Dia dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan dan pihak pendakwaan telah mengemukakan 39 saksi pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Idham Abd Ghani manakala Jenain diwakili oleh peguam-peguam M. Athimulan dan Salim Bashir.

AminulRasyid meninggal dunia selepas sebutir peluru terkena pada bahagian kepalanya selepas kereta Proton Isawara BET5023 yang dipandunya ditembak oleh dua kereta peronda polis.

Pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani menghujahkan bahawa Jenain mempunyai niat untuk menyebabkan kematian mangsa berdasarkan kepada jumlah tembakan yang dilepaskan pada kejadian tersebut. Jenain didakwa telah melepaskan 21 tembakan ke arah kereta itu.

“Tiada kewajaran untuk tertuduh melepaskan tembakan memandangkan keadaan kereta yang tidak membahayakan semasa berada di Jalan 11/2 berdasarkan keadaan tangki minyak yang telah bocor dan tayar sudah kempis.

“Tiada apa-apa tindakan yang membahayakan dilakukan oleh pemandu dan penumpang kereta (Muhammad Azamuddin Omar, rakan mangsa) terhadap kereta peronda polis seperti membalas tembakan atau mengeluarkan senjata,” katanya.

Justeru itu, Idham berkata, tindakan Jenain melepaskan 21 tembakan jelas menunjukkan niatnya untuk mendatangkan kecederaan kepada mangsa kerana dia tahu ia boleh mengakibatkan kematian menerusi kemalangan atau tembakan.

“Tertuduh tidak bertindak secara gopoh dan cuai tetapi ia dilakukan dengan satu niat sahaja iaitu menyebabkan bencana tubuh badan yang mungkin mengakibatkan kematian. Tertuduh merupakan seorang ahli menembak dan cekap menggunakan senjata,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan