Dua Beradik Diperintah Bela Diri Tuduhan Dera, Cabul Pambantu Rumah

Diterbitkan: Selasa, 1 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, memerintahkan seorang wanita dan kakaknya untuk membela diri atas tuduhan mendera dan mencabul pembantu rumah warga Indonesia.

Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam membuat keputusan itu terhadap Wong Choy Kin, 37, dan Wong Choy Lin, 39, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie untuk dijawab oleh tertuduh.

Beliau juga menetapkan 21 dan 22 Februari ini untuk kedua-dua tertuduh membela diri.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan keterangan lapan saksi pendakwaan, termasuk mangsa, Hanif Mu Awanah Muhy yang berasal dari Surabaya.

Kedua-dua tertuduh didakwa menyebabkan kecederaan kepada Hanif, 18, pada November 2003 dan juga pada pukul 9 malam, 30 September 2004 di sebuah rumah di Taman Bukit Serdang, dekat sini.

Selain itu, mereka juga didakwa bersama-sama telah mencabul mangsa dengan menggunakan biskut pada pukul 9 malam, 30 September 2004.

Mereka juga menghadapi satu lagi pertuduhan mencabul mangsa dengan menggunakan pisang dan botol minuman pada Julai 2004.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Syukor manakala tertuduh diwakili oleh Liow Boon Lee yang menyebut bagi pihak peguam Goh Kim Lian. Pada prosiding Selasa, hanya Choy Kin hadir menghadiri prosiding mahkamah kerana dimaklumkan Choy Lin tidak sihat.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan