Wanita Myanmar Didakwa Bunuh Bayi Baru Dilahirkan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat terhadap tuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan di rumahnya di Kampung Jawa di sini pada Selasa lepas.

Nuraishah Abdullah, 23, yang mempunyai kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR), didakwa melakukan kesalahan itu di No: 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa di sini, kira-kira pukul 9 pagi pada 25 Januari lepas.

Wanita itu yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Nuraishah, yang kelihatan lemah sehingga terpaksa duduk di dalam kandang tertuduh, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Timbalan Pendakwa Raya Zara Aina Mohd Zawawi, yang mengendalikan pendakwaan, membuat permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah agar tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk menjalani pemeriksaan mental.

Majistret Zilfinaz Abbas membenarkan permohonannya dan mengarahkan Nuraishah dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani pemeriksaan mental selama sebulan.

Mahkamah menetapkan 28 Februari untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan mengenai penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai ditikam beberapa kali di atas pelapik plastik di dalam bilik air rumah berkenaan.

Tertuduh ditemui dalam keadaan lemah dalam rumah itu dan polis turut menemui sejenis objek tajam, yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan