Mahkamah Tolak Saman Menteri Terhadap Pengerusi MIC PJ Selatan

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan V. Subramaniam berjaya dalam usahanya untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam terhadapnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu hari ini di dalam kamar selepas mendengar hujah peguam Subramaniam, Jadadish Chandra dan peguam yang mewakili menteri itu, P. Paari pada 19 Jan lalu.

Chandra memberitahu pemberita hakim membenarkan permohonan anak guamnya dan menolak dengan kos saman itu.

Pada 7 Jun tahun lepas, menteri itu memfailkan saman terhadap penerbit sebuah akhbar harian bahasa Tamil, Makkal Osai Sdn Bhd; pencetak akhbar itu, FKZ Printing Sdn Bhd; wartawannya K. Devandran; dan V. Subramaniam mendakwa akhbar itu dan V. Subramaniam telah memfitnah beliau dalam tiga artikel yang diterbitkan akhbar itu pada 24, 25, dan 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hari ini, ketiga-tiga defendan masih kekal di dalam kes saman itu.

Dalam kenyataan tuntutannya, Subramaniam mendakwa bahawa artikel itu menggambarkan beliau sebagai ahli politik yang tidak jujur dan penipu.

Beliau memohon ganti rugi am, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Menteri itu juga memohon kepada mahkamah bagi perintah injunksi bagi menghalang defendan melalui ejen mereka atau individu daripada terus menerbitkan semula artikel itu.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menolak permohonan bagi perintah injunksi menteri itu. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan