Kes Hak Jaga Bi-Anne Gagal Menerusi Mediasi

Diterbitkan: Jumaat, 28 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ibu bapa Low Bi-Anne gagal mencari penyelesaian berhubung hak penjagaan kanak-kanak perempuan 11 tahun itu melalui proses mediasi yang berlangsung menerusi persidangan video di sini, Jumaat.

Proses mediasi (pengantara) selama dua jam 15 minit di antara perunding hartanah, Low Swee Siong, 40 dan bekas isterinya, Tan Siew Siew, 37, yang kini menguruskan restoran di London, dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rayuan di sini.

Hakim Datuk Wira Low Hop Bing, yang bertindak sebagai pengantara dalam kes perebutan anak itu, menetapkan 16 Februari ini untuk kes rayuan itu didengar oleh panel tiga hakim di Mahkamah Rayuan.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 1999 dan bercerai pada 2006, dengan hak jagaan Bi-Anne diberikan kepada Low.

Dua tahun kemudian, Tan memohon dan berjaya mendapatkan hak menjaga Bi-Anne manakala Low diberikan akses untuk melawat anaknya.

Bagaimanapun, Low didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi pada 13 September lepas kerana mengingkari perintah mahkamah supaya menyerahkan Bi-Anne dan dokumen perjalanan kanak-kanak itu kepada bekas isterinya.

Dia juga diperintah membayar denda sebanyak RM400 bagi setiap hari yang dia lewat menyerahkan Bi-Anne kepada Tan.

Puspha Ratnam, salah seorang peguam Low, berkata mediasi itu gagal kerana ibunya mahu Bi-Anne tinggal di London selama enam bulan dan baki enam bulan bersama bekas suaminya itu.

Bi-Anne enggan pergi ke London dan mahu tinggal bersama bapanya tetapi sanggup meluangkan masa bersama ibu dengan syarat ibunya balik dan tinggal di Malaysia.

Ditanya oleh pemberita di luar mahkamah selepas persidangan video itu, Bi-Anne berkata: "Saya tidak mahu tinggal dengan ibu. Saya tidak rasa hendak pergi ke sana (London) sama sekali. Saya benci dia (ibu)."

Ditanya mengenai perasaannya hari ini, Bi -Anne berkata beliau bersusah hati.

"Saya boleh berjumpa dan bermalam dengan dia (Tan)...tetapi itu semua mesti di Malaysia dan bukan di London," katanya.

"Saya amat menyayangi ayah. Saya ingin bersama ayah untuk selamanya," kata Bi-Anne yang menafikan dakwaan ibunya bahawa dia telah dipengaruhi oleh keluarga ayahnya.

Low memberitahu pemberita bahawa dia masih perlu membayar denda harian itu dan mengharungi keadaan getir ketika ini.

Katanya beliau bergantung kepada bantuan kawan dan keluarganya untuk membayar denda harian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan