Kes Sosilawati: Majistret Tiada Hak Fail Afidavit - Peguam

Diterbitkan: Khamis, 27 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini Rabu diberitahu bahawa Majistret Mahkamah Telok Datok Hurman Hussain telah bertindak luar biasa apabila memfailkan afidavit untuk menyokong keputusannya menjatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun terhadap pekerja ladang K.Sarawanan atas kesalahan melupuskan bukti dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Peguam Datuk Harpal Singh Grewal berkata berdasarkan Seksyen 121 Akta Keterangan, majistret berkenaan tidak berhak memfailkan afidavit bagi mewajarkan alasan penghakimannya.

Beliau berkata demikian pada pendengaran rayuan berhubung sabitan dan hukuman oleh Sarawanan, 19, di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sarawanan dan seorang lagi pekerja ladang U.Suresh, 26, masing-masing dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada 15 Okt selepas mengaku melupuskan bukti dengan membakar mayat Sosilawati, 47, pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Rahim, 32.

Kedua-dua tertuduh bekerja dengan peguam N.Pathmanabhan yang didakwa bersama-sama tiga lagi pekerjanya iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Khatavarayan membunuh Sosilawati, Kamaruddin, Noorhisham dan Ahmad Kamil di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting pada 30 Ogos tahun lepas.

Pada prosiding hari ini, Harpal Singh juga berkata majistret berkenaan bertindak melampaui bidang kuasanya apabila menjatuhi hukuman penjara maksimum tujuh tahun terhadap Sarawanan bagi setiap pertuduhan.

Beliau berkata Seksyen 87(1)(a) Akta Mahkamah Rendah 1948 menyatakan, antara lain, bahawa seorang Majistret Kelas Pertama boleh menjatuhkan apa-apa hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang tidak melebihi lima tahun pemenjaraan.

"Dalam alasannya, majistret berkenaan menyatakan bahawa beliau bertindak mengikut Seksyen 87(2) akta berkenaan yang membolehkan 'seorang Majistret Kelas Pertama mengawardkan hukuman penuh yang dibenarkan oleh undang-undang bagi kesalahan yang mengenainya orang itu telah disabitkan dan hendaklah merekodkan sebab dia berbuat demikian.

"Sebelum sesuatu hukuman dijatuhi, pendakwaan biasanya akan membentangkan bukti mengenai kesalahan lampau yang boleh dipertimbangkan oleh majistret berkenaan.

"Dalam kes berkaitan pesalah muda, laporan akhlak akan dikemukakan, namun majistret berkenaan tidak mempunyai bukti sedemikian di hadapannya dan kami berhujah bahawa kebergantungannya kepada Seksyen 87(2) Akta Mahkamah Rendah 1948 adalah tersalah letak dan beliau telah melebihi bidang kuasanya," katanya.

Harpal Singh berkata majistret berkenaan sepatutnya menolak pengakuan salah Sarawanan memandangkan terdapat keraguan mengenai cara sabitan dilakukan.

"Sehubungan itu, kami memohon satu perintah bahawa pengakuan salah diketepikan dan pengakuan tidak bersalah tertuduh dicatat dalam kes tersebut dan dihantar semula ke Mahkamah Majistret," katanya.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki kemudian menangguhkan prosiding sehingga Isnin ini bagi membolehkan pendakwaan mengemukakan hujah balas.

Terdahulu, Mohtarudin menolak permohonan peguam Amer Hamzah Arshad yang bertindak selaku peguam pemerhati bagi Pathmanabhan untuk mencelah.

Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal pendakwaan berhubung permohonan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan