Permohonan Peguam Dapatkan Penghakiman Terhadap Raja Petra Diputuskan 10 Februari

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Februari depan untuk memutuskan permohonan peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah bagi mendapatkan penghakiman terhadap Raja Petra Raja Kamarudin, dalam saman fitnahnya terhadap penulis blog berkenaan.

Hakim Datuk John Louis O'Hara membuat keputusan itu selepas mendengar hujah peguam S.Ravindran yang mewakili Muhammad Shafee dan Jadadish Chandra bagi Raja Petra.

Muhammad Shafee membuat permohonan itu mengikut Aturan 14A Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk melupuskan saman tersebut berdasarkan perkara undang-undang tanpa perbicaraan penuh, kerana mendakwa perkataan dalam tiga artikel yang disiarkan dalam laman web Malaysia-Today adalah bersifat memfitnah.

Pada Ogos 2008, Muhammad Shafee menyaman Raja Petra, 58, kerana menyiarkan kesemua artikel pada 6, 7 dan 11 Ogos 2008 bertajuk "Shafee Abdullah: Sodomologist Extraordinaire", "Money, Power and Sex: What Motivates Man" dan "The Real Dalang Behind The Anwar Sodomy Allegation", yang didakwa memfitnahnya dalam laman web berkenaan.

Pada 13 Ogos 2008, beliau memperoleh satu injunksi ex-parte daripada Mahkamah Tinggi, yang memerintahkan Raja Petra mengeluarkan artikel itu serta komen mengenainya daripada laman web itu.

Dalam kenyataan pembelaan yang difailkan pada 15 November 2008, Raja Petra menafikan ketiga-tiga artikel itu adalah palsu, berniat jahat atau memfitnah Muhammad Shafee.

Terdahulu, Ravindran berhujah bahawa Raja Petra, dalam pembelaannya mengakui ketiga-tiga artikel telah disiarkan dalam laman web berkenaan, namun menafikan ia bersifat memfitnah.

Beliau berkata, Raja Petra juga tidak menafikan bahawa beliau adalah penulis semua artikel berkenaan, dan sekiranya bukan, penulis blog itu tidak memfailkan sebarang afidavit bagi menafikan perkara tersebut.

Sementara itu, Chandra pula berhujah bahawa Raja Petra mengakui ketiga-tiga artikel telah disiarkan dalam laman web Malaysia-Today, namun beliau bukan penerbit artikel berkenaan.

Beliau berkata sebagai plaintif, Muhammad Shafee perlu membuktikan artikel berkenaan disiarkan Malaysia-Today kerana terdapat alamat laman web yang berbeza di bawah salinan artikel yang dilampirkan dalam penyataan tuntutan peguam itu.

Chandra, yang membantah permohonan Muhammad Shafee bagi mendapatkan penghakiman terhadap Raja Petra, berkata saman itu perlu diputuskan selepas perbicaraan penuh dan pakar boleh dipanggil untuk memberi keterangan berhubung penyiaran ketiga-tiga artikel. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan