Bicara Kes Daphne Ditangguh Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret hari ini menangguhkan perbicaraan kes saman peribadi bekas suami model dan pengacara TV terkenal Daphne Eleanor Iking ke Jumaat ini.

Majistret Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah menangguhkannya selepas peguam Jagjit Singh memaklumkan bahawa anak guamnya, iaitu bekas pengarah Urusan Adidas Darren Choy Khin Ming, tidak dapat hadir kerana sakit.

Ini merupakan kali kedua Choy gagal hadir ke mahkamah selepas 5 Januari lalu, atas alasan yang sama iaitu faktor kesihatan. Choy dikatakan menghidap bronkitis dan demam.

Mahkamah menjadualkan perbicaraan untuk disambung selama dua hari bermula hari ini.

Saman peribadi itu dikemukakan terhadap Choy, 44, oleh Ryan Chong Yiing Yih, 31, bekas suami Daphne kerana memikat Daphne, 30, dengan mengetahui bahawa beliau ketika itu merupakan isteri Chong dengan niat supaya wanita itu melakukan persetubuhan yang ditegah dengannya di The Plaza, Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail di sini antara Julai 2007 dan September 2008.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, Choy boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah mengarahkan Jagjit memastikan kehadiran bekas pengarah itu bagi mengelakkan sebarang masalah yang lain.

"Hari itu dah sakit, hari ini sakit lagi... setiap kali bicara mesti sakit. Rugi kepada mahkamah sebab tak dapat jalankan kes," kata Engku Ahmad Rashdi.

Jagjit berkata pihaknya juga hanya dimaklumkan pada lewat semalam oleh Choy dan tidak berpeluang untuk memberitahu kepada mahkamah. Jagjit kemudian menyerahkan sijil sakit Choy kepada mahkamah.

Peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Chong, bagaimanapun membantah sijil sakit itu yang sepatutnya dikemukakan oleh hospital kerajaan atau pusat kesihatan kerajaan.

"Dia sepatutnya mengemukakan sijil sakit daripada hospital kerajaan, sebaliknya dia mengemukakan daripada klinik swasta di Damansara, pihak kami memohon supaya ada kepastian mengenai perkara itu," katanya.

Daphne mengahwini Chong pada 27 Januari 2007 di Bali, Indonesia dan pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Isobel Daniella Iking-Chong. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan