Bantahan Awal Peguam Negara Berhubung Permohonan Karpal Didengar 9 Februari

Diterbitkan: Rabu, 26 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 9 Februari depan untuk mendengar bantahan awal Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung permohonan peguam Karpal Singh, yang mahu mendapatkan perintah mandamus bagi memaksa Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi membalas suratnya mengenai dakwaan salah laku ketika menjadi peguam pada 1987.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu selepas bertemu Abdul Gani dan Karpal dalam kamarnya.

Abdul Gani kemudian memberitahu pemberita bahawa beliau membangkitkan bantahan berhubung perkara undang-undang yang dinyatakan Karpal dalam permohonan peguam itu.

Pada 12 Januari lepas, Karpal yang juga pengerusi DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, memfailkan permohonan untuk kebenaran membuat semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah memaksa Zaki menjelaskan salah laku Ketua Hakim Negara itu berikutan pengakuan beliau mengenai perbuatan merasuah kakitangan dan pegawai mahkamah ketika menjadi peguam.

Karpal juga memohon perintah supaya Zaki dihadapkan ke Tribunal Kod Etika Hakim.

Selain itu, Karpal memohon perintah mahkamah bagi menghalang Zaki daripada menentukan sendiri merit aduan yang dibuat terhadap beliau, mengikut Seksyen 13 Kod Etika Hakim 2009.

Dalam permohonan itu, Karpal berkata aduannya terhadap Zaki wajar didengar oleh seorang Ketua Hakim Negara atau Hakim Mahkamah Persekutuan yang sudah bersara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan