Tuntuan Mutaah Bekas Isteri Hattan Diteruskan

Diterbitkan: Selasa, 25 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Permohonan tuntutan mutaah yang difailkan oleh bekas isteri penyanyi Hattan, Arianie Mohd Abidin akan diteruskan pada 9 Mac depan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad menetapkan tarikh itu selepas Arianie yang telah diisytiharkan sebagai bankrap tidak perlu mengemukakan seorang penjamin untuk meneruskan kes tersebut.

Pada prosiding Selasa, peguam syarie Hazirah Othman @ Man yang mewakili Arianie yang merupakan seorang pramugari mengemukakan surat daripada Jabatan Insolvensi.

“Berdasarkan prosuder terkini jabatan berkenaan, anak guam saya boleh meneruskan tuntutan tanpa mengemukakan seorang penjamin,” katanya.

Arianie, 40, disahkan bankrap pada 9 Ogos 2006 oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, dekat sini.

Sebelum ini, Ghazali menangguhkan prosiding mahkamah untuk membolehkan Arianie memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Insolvensi.

Antara syarat yang dikenakan ialah mengemukakan seorang penjamin yang komited dan membuat surat akujanji bahawa dia bersedia menanggung sebarang tindakan mahkamah selepas ini.

Dengan perkembangan terbaru itu, peguam syarie Roshdan Sujak Rafie yang mewakili penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar itu akan memfailkan pembelaan pada tarikh akan datang.

Prosiding itu hanya dihadiri oleh Arianie yang datang bersama seorang teman wanita manakala Hattan tidak hadir kerana difahamkan mempunyai urusan di Kuching, Sarawak.

Arianie dan Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 47, bernikah pada 17 Disember 1996 dan bercerai pada 10 Mac 2005.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak, Adam Eiman kini berusia 13 tahun yang diletakkan di bawah jagaan Hattan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan